Wednesday 28 September 2016

Filled Under:

Walaupun Sudah Melakukan 100 Kali Pembedahan Plastik, Lelaki Ini Tidak Pernah Puas.



Tidak ada salahnya sebenarnya menyempurnakan penampilan diri. Melakukan pelbagai rawatan sehingga pembedahan plastik.

Hanya saja aktiviti yang sering dilakukan oleh kaum perempuan ini ternyata membuat seorang lelaki ketagihan. Bukan satu kali, tapi ia sudah melakukan 100 kali pembedahan plastik.

Lelaki ini bernama Joey Prixx, berusia 26 tahun. Sejak lima tahun terakhir ia seperti ketagihan melakukan pembedahan plastik.

Kos yang ia keluarkan juga tidak sedikit. Kira-kira 60,000 US Dollar.

Malah baru-baru ini ia melakukan operasi untuk punggungnya dengan bayaran 10,000 US Dollar . Malangnya, ia tidak boleh duduk selama enam minggu akibat pembedahan yang ia lakukan.

"Seperti ada dua belon ada dipunggungku, jadi aku tidak boleh duduk untuk sementara waktu," kata Prixx yang berprofesion sebagai tukang pasang tindik artis ini.

Selain pembedahan punggung, ia juga telah melakukan beberapa 
pembedahan lain. Seperti memancungkan hidung sebanyak dua kali, implan silikon di punggung, sampai mengawal kelenjar keringat. Untuk sehari-hari, ia melakukan botox dan filler. Bahagian tubuh yang ia pernah  dibedah adalah menebalkan bibir, meruncingkan dagu, mempertajamkan bentuk mata, dan memperbaiki kening.

Jika bertanya apa motto hidupnya, dengan percaya diri Prixx akan berkata plastik itu hebat. Ia juga tidak berniat untuk berhenti melakukan pembedahan plastik. Baginya ia terus bekerja keras dan mengumpulkan wang agar boleh melakukan 
pembedahan lagi dan lagi. Prixx tidak takut akan risiko pembedahan yang sangat tinggi.

"Aku mengumpulkan wang agar dapat bahagia. Aku tidak ingin melihat ke belakang. 
pembedahan plastik adalah hal terbaik yang saya lakukan untuk kebahagianku, "jelas Prixx.




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers