Saturday 1 October 2016

Filled Under:

5 Fakta Unik Tentang Usain Bolt Yang Anda Tidak Tahu.VIDEO


Dalam temasya Sukan Olimpik tahun ini yang diadakan di Rio de Janeiro, Brazil, nama Usain Bolt kembali dikenali dunia sebagai manusia terpantas, kerana berjaya mendapat pingat emas dalam acara 100m.


Pelari dari Jamaica ini pertama kali menarik perhatian dunia melalui penampilan di Sukan Olimpik Beijing 2008. Bolt mencatat rekod dunia dengan 9.69 saat di pertandingan 100m. Usianya ketika itu baru 22 tahun. Empat tahun selepas rekod dunia itu, Bolt bahkan mengungguli dirinya sendiri dengan masa yang lebih cepat 9.63 saat di Sukan Olimpik London 2012. Tidak perlu diragukan lagi, 'Lightning Bolt' memang pantas meraih pingat emas Sukan Olimpik.


Selain di lintasan lari, Bolt juga bersinar di luar arena dengan keperibadian menyeronokkan dan kharismanya. Dikutip GabanComel dari pelbagai sumber, berikut adalah fakta unik dari Usain Bolt.





Makan nugget sebelum lumba

Sukan Olimpik Beijing 2008 menjadi sangat istimewa bagi Bolt. Di situlah dirinya pertama kali meraih pingat emas dan mencatat rekod dunia. Hatrik pingat emas dari pertandingan 100m, 200m, dan 4x100m berganti-ganti.

 Dia pun mencatat rekod dunia terpantas dengan catatan masa 9.69 saat pada pertandingan 100m. Anehnya, sebelum mula lumba, Bolt justru tidak mengambil makanan sihat. Dia memilih makanan junk food McDonalds, lebih tepatnya menu Chicken McNuggets.

Jom saksikan video berikut ini;



 Nugget ayam yang digoreng ini jelas bukan pilihan tepat seorang atlet. Pilihan itu diambil kerana Bolt tidak selesa mengambil makanan China saat di Beijing. Beribu-ribu ketulan ayam pun dimakan Bolt selama berada di Sukan Olimpik Beijing. Memang nugget dan pasta adalah makanan kegemaran Bolt.



Bentuk tubuh tidak sesuai

Dengan tinggi badan yang  mencapai 195 cm, tubuh Bolt tidak sempurna untuk menjadi seorang pelari profesional. Bahkan, sejak usia 15 tahun Bolt memang sudah mempunyai tinggi badannya sekarang.

 Kedua-dua kaki Bolt yang jenjang juga menyulitkan ketika menetapkan kedudukan sesaat setelah start. Selain itu, Bolt dilahirkan dengan kelainan bentuk tulang belakang atau skoliosis. Tulang belakangnya melengkung di bahagian-bahagian tidak normal pada setiap sisinya.

Keadaan ini menjadi salah satu penyebab kecederaan-kecederaan serius yang dialami Bolt. Namun, jurulatih Glen Mills memberikan latihan khusus untuk Bolt sehingga kelainan ini tidak menjadi halangan untuk berprestasi.



Peminta setia Manchester United

Meskipun juara dunia dalam sukan lari, sukan pertama yang dia minati bukanlah olahraga. Cinta pertama Bolt justru jatuh pada sukan kriket. Selain kriket, Bolt mengagumi bola sepak. Bahkan, dia adalah penggemar beratpeminat Manchester United. 



Jom saksikan video berikut ini;




Pada 2012, Bolt pernah mengutarakan ingin bermain untuk pasukan Manchester United. Pada satu perlawanan amal, Bolt ikut bermain untuk Manchester United menentang Real Madrid tahun 2012 lalu..






Lucu dan pandai menari


Lelaki Jamaica ini memang sudah sering mempamerkan kemampuannya berdansa. Seperti tarian Samba yang dia praktikkan   di Sukan Olimpik 2016. Dengan popularitinya, Bolt sering diundang ke acara-acara televisyen. Bolt sempat menjadi tetamu di acara "Ellen Show" setahun sebelum  Sukan Olimpik Rio de Janeiro. 

Jom saksikan video berikut ini:


Lelaki kelahiran 21 Ogos ini memperlihatkan daya tarik dan sisi lucu. Dia mengaku enggan untuk melakukan program latihan. "Kalau saya tidak lari, saya hanya lepak di rumah," kata Bolt. Dia bergurau bahawa dengan lepakdi rumah, tenaga boleh disimpan untuk bersaing.





Setia dan berhati lembut


Kejayaan Bolt membuka banyak peluang baginya untuk membantu orang ramai. Inilah yang aktif dilakukan Bolt sejak menjadi sensasi di seluruh dunia. Bolt menyumbangkan 10 ribu poundsterling untuk mengadopsi anak cheetah di Nairobi pada 2009 lalu.


Jom saksikan video berikut ini:



 Sejak saat itu sekurang-kurangnya 2,300 pound  dibelanjakan untuk rawatan. Melalui Usain Bolt Foundation, pelari 30 tahun ini juga membantu Kanak-kanak untuk berlatih dan bersenam sesuai dengan cabang yang diminati.




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers