Saturday 29 October 2016

Filled Under:

Amaran Polis Untuk Penyokong Kedah dan Selangor.



KALAU mahu menonton final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam esok dengan tenang, pastikan ikut arahan yang telah ditetapkan.

Itu nasihat pihak polis kepada para penyokong Kedah dan Selangor yang akan membanjiri Stadium Shah Alam malam esok bagi memberi sokongan kepada pasukan mereka beraksi pada final piala paling berprestij di Malaysia itu.

Jika gagal mematuhi arahan yang ditetapkan mereka bakal berdepan tindakan.

Bagi menjamin tahap keselamatan pada final Piala Malaysia 2016 itu, pihak polis akan memperketatkan kawalan termasuk menahan mana-mana penyokong yang membawa bahan larangan ke dalam stadium.

Ketua Polis daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, seramai 2,093 pegawai dan anggota polis akan ditempatkan di Stadium Shah Alam untuk mengawal keselamatan termasuk menahan mana-mana penyokong yang membawa bahan larangan seperti bahan letupan dan senjata tajam mengikut Akta Bahan Letupan 1957.

Menurut Shafien, pihaknya akan mengadakan pemeriksaan badan yang ketat pada setiap penyokong di pintu masuk bagi mengelakkan mereka membawa masuk bahan-bahan terlarang ke dalam stadium untuk tujuan keselamatan semua pihak.

“Kita telah pun memberi amaran namun jika sewaktu pemeriksaan badan dibuat dan pihak kami menjumpai bahan-bahan larangan, penyokong tersebut akan ditahan serta-merta dan tiada lagi amaran akan diberi.

“Selain itu, anggota polis juga akan ditempatkan di tempat duduk penyokong di dalam stadium bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku,” kata Shafien pada sidang akhbar kawalan keselamatan dan lalu lintas sempena perlawanan akhir Piala Malaysia 2016 antara Kedah dan Selangor di Stadium Shah Alam semalam.

Shafien berkata, bagi memastikan kelancaran perlawanan, seramai 350 anggota Pasukan Gerakan Am, anggota Majlis Bandaraya Shah Alam dan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta pasukan pengawal keselamatan khas akan ditempatkan di sekitar stadium berkenaan.

“Selain bahan letupan, pihak polis akan menahan mana-mana penyokong yang membawa pemetik api, payung dan botol air minuman ke dalam stadium namun mereka akan dibenarkan masuk kecuali penonton yang membawa bahan letup,” ujarnya.

Shafien memberitahu, penyokong akan mula dibenarkan masuk ke dalam stadium pada pukul 4 petang dan bagi penyokong Kedah mereka akan masuk melalui pintu B dan C manakala Selangor melalui pintu A dan D.

“Kita menjangkakan lebih 72,000 akan membanjiri Stadium Shah Alam pada perlawanan akhir itu dan amaran saya kepada penyokong elakkan sebarang provokasi dan nikmatilah perlawanan dengan semangat kesukanan yang tinggi,” ujarnya lagi.sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers