Monday, 17 October 2016

Filled Under:

Jelmaan Dewa Monyet.


Seorang lelaki di India menjadi popular kerana mempunyai keunikan di tubuhnya. Ia mempunyai bulu yang tumbuh panjang dari belakangnya.  Dia diyakini oleh penduduk tempatan sebagai penjelmaan dewa.


 Bulu milik Chandre Oraon itu panjangnya 11.5 cm yang tumbuh di tengah tubuh belakang, tempatnya di bahagian antara pinggang. Bulu itu sudah ada sejak ia lahir dan sengaja tidak Chandre memotongnya. Kerana keanehan itulah ia dianggap oleh penduduk sebagai penjelmaan semula dewa kera atau Hanuman. Lelaki berusia 35 tahun itu pun menjadi daya tarik penduduk di luar daerahnya juga.

 Banyak yang datang dari jauh untuk melawat rumahnya di Alipurduar, Bengal, demi meminta doa darinya dengan menyentuh "ekor" Chandre. Chandre yang handal memanjat pokok pun semakin diyakini sebagai jelmaan Hanuman kerana kemampuannya itu. Ia juga dipercayai mempunyai kuasa untuk menyembuhkan. Chandre   menjaga ekornya meski doktor menawarkan untuk menghilangkannya.

 "Aku Hanuman.Orang-orang menghormatiku kerana aku punya ekor," kata Chandre yang mengaku ekor itu sempat membuatnya sering ditolak gadis. "Aku tidak mempermasalahkannya kerana ini kurnia dari Tuhan." "Pernah ibu memotong ekorku saat aku masih kecil. langsung selepas itu aku demam panas  dan sakit hingga nyaris mati," kata Chandre. "Selepas kejadian itu semuanya menyarankan agar aku tetap menjaga ekorku. Keluargaku mengatakan kejadian itu petanda bahawa ekorku adalah berkat dari Tuhan." 






Jom saksikan video berikut:





0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs