Saturday 1 October 2016

Filled Under:

Kedah belum selamat



PASUKAN Kedah mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada perlawanan separuh akhir pertama kempen Piala Malaysia 2016 di Stadium Darulaman, Alor Setar malam tadi, lapor ZAID MOHD. NOOR.

Kedah yang berhasrat memburu gol awal mendapat peluang terbaik pada minit ketiga menerusi pemain import, Smelt Shane Edward yang mendapat hantaran cantik Baddrol Bakhtiar namun bola sepakannya tersasar.

Bagaimanapun Kedah berjaya mendahului perlawanan pada minit ke-7 menerusi sepakan penalti Liridon Krasniqi selepas Thiago Augusto Fernandez dijatuhkan dalam kotak penalti.

Bagaimanapun kegembiraan penyokong Kedah tidak berpanjangan apabila tiga minit kemudian, PDRM pula dihadiahkan sepakan penalti selepas pertahanan tuan rumah, Bang Seungwhan menjatuhkan penyerang lawan, Christopher Keli dan sepakan tersebut berjaya disempurnakan dengan baik oleh Guilherme de Paula Lucrecio.

Ketua pasukan PDRM, Mohd. Safuwan Baharudin yang beraksi cemerlang pada perlawanan itu melakukan sepakan kencang dari jarak 30 meter pada minit ke-29 namun sedikit tersasar meskipun penjaga gol Kedah, Mohd. Ifwat Akmal sudah terkeluar daripada posisinya.

Pada minit ke-45, PDRM sekali lagi memperoleh peluang terbaik untuk menjaringkan gol menerusi Muhd. Fakrul Airman Sidiq tetapi percubaaannya tidak menepati sasaran.

Pada awal separuh masa kedua, anak buah Tan Cheng Ho kembali menguasai perlawanan dengan mengatur serangan bertubi-tubi namun usaha mereka untuk menambah jaringan tetap menemui jalan buntu.

Peluang Kedah menambah jaringan hadir pada minit ke-78 apabila dihadiahkan sepakan penalti selepas Thiago dijatuhkan oleh penjaga gawang PDRM, Muhammad Haziq Nadzlu dalam kawasan penalti dan Liridon yang mengambil tugas tersebut mudah menyempurnakannya untuk membolehkan skuad Helang Merah mendahului 2-1.

Kedua-dua pasukan akan kembali membuat perhitungan pada 15 Oktober nanti di Stadium Hang Jebat, Melaka.sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers