Monday 10 October 2016

Filled Under:

Pasangan Pengantin Ini Tergantung di Jambatan Kaca Semasa Majlis Perkahwinan.


Baru-baru ini, China merasmikan jambatan kaca tertinggi dan terpanjangnya di wilayah Zhangjiajie, Hunan. Jambatan tersebut banyak menarik perhatian para pelancong yang ingin tahu dengan penghubung tebing pergunungan yang digunakan untuk penggambaran filem "Avatar" itu.

Tidak hanya pelancong biasa, jambatan ini juga menjadi lokasi istimewa untuk sepasang pengantin. Mereka merayakan hari Qixi Festival (Valentine versi China) dengan berfoto bersama di jambatan tersebut. Tetapi kedua-duanya tidak menggunakan pose romantis yang biasa dilakukan oleh pasangan lain.

Keduanya lebih memilih bergantungan dengan tempat tidur gantung yang dikaitkan di jambatan. Tentunya perkara ini akan membuat beberapa orang merasa ngeri. Sebabnya, mereka bergantung sedalam 180 meter di antara tebing taman nasional Shiniuzhai.



Mereka bahkan tidak ragu dan tidak kelihatan takut saat tergantung meskipun hanya menggunakan seutas tali. Mereka bahkan selalu kelihatan tersenyum bahagia. Walaupun dikatakan ekstrem, tentunya ini akan menjadi pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan oleh kedua-duanya.

Selain hasil gambar yang luar biasa, mereka juga dapat menikmati keindahan alam di sekitarnya tanpa terhalang apapun. Malangnya, tidak ada maklumat mengenai jumlah jemputan yang hadir dalam majlis perkahwinan esktrem tersebut.Jom saksikan video berikut ini:







0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers