Friday, 28 October 2016

Filled Under:

Sudah 40 Kali Rumah Lelaki Ini Dilanggar.


Rumah memang menjadi tempat paling selesa dan mendamaikan bagi setiap orang di seluruh dunia . Namun pemilik rumah satu ini tidak boleh hidup tenang di kediamannya sendiri . Pasalnya rumah yang ia duduki selalu menjadi sasaran kemalangan kereta . Rumah ini adalah milik Ted Grayson yang berada di perkampungan Nether Haugh , Rotherham , United Kingdom .


 Ted mengaku bahawa dalam masa 14 tahun rumahnya telah dilanggar oleh 40 kereta . Ia mendedahkan bahawa letak rumahnya yang berada di selekoh bukit sering membuat pemandu kereta yang memandu dengan kelajuan tinggi tidak boleh mengawal kenderaannya dan akhirnya melanggar kediamannya tersebut . " Pemandu itu nampaknya secara teratur melanggar rumahku , " kata Ted . " Setiap jengkal rumahku telah mengalami kerosakan teruk selepas dilanggar 40 kali sejak aku pindah ke sini 14 tahun lalu .

" Lelaki yang berprofesion sebagai petani ini juga mendedahkan bahawa ia mengalami trauma yang panjang akibat kemalangan ini . " Dapurku harus berulang kali diperbaiki , " tambahnya .

Beberapa rumah lain  juga mengalami perkara yang sama . Bahkan penduduk kampung telah berulang kali menggadu kepada kerajaan tempatan untuk mengenakan batasan minimum kelajuan kereta agar tidak berlaku kemalangan yang sama setiap tahun . " Ini berbahaya bagi sesiapa yang berjalan di kaki lima , " kata David Lee yang rumahnya dilanggar 3 kereta dalam setahun .

 " Kami telah bercakap kepada kerajaan untuk memasang kamera kelajuan kereta agar para pemandu tersebut tak sembarangan melanggar rumah kami lagi . " " Ini tidak masuk akal menunggu seseorang untuk kehilangan nyawa dahulu supaya suara kami didengar , " tambah Steve Chaloner . " Aku bahkan tidak berani mengajak anjing saya berjalan - jalan di kaki lima . 

" Sementara itu , pihak kerajaan Rotherham mengaku akan segera mengambil tindakan lanjut terhadap masalah tersebut . Rencananya mereka akan memberi peringatan batas kelajuan dari 60 mph menjadi 40 mph ketika memasuki perkampungan Nether Haugh . Tidak hanya itu saja , kerajaan juga berjanji akan memberi tindakan tegas bagi para pemandu yang melanggar . 












0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs