Friday, 14 October 2016
Filled Under:
unik
Wujud Negara Sendiri Kerana Bosan
Posted By:
zamri spoon
on 12:00
Bosan dengan kehidupan bandar yang sentiasa sibuk membuat seorang seniman berasal dari New York memutuskan untuk membuat sebuah negara sendiri. Meet Zaq Lansberg memilih sebuah tempat di tengah padang pasir Utah sebagai negara peribadinya.
Semua bermula pada tahun 2005 apabila Meet membeli sebuah tanah tidak berpenghuni di padang pasir Utah yang dibeli di eBay dengan harga 610 USD . Dalam lawatan pertamanya, dia memasang bendera merah dan kuning di tengah padang pasir sebagai tanda pemilikan.
Tidak lama kemudian, dia mempunyai sebuah idea untuk mengubah kawasan tersebut menjadi sebuah negara dan menamakannya dengan namanya. Begitu lah bagaimana sebuah negara bernama Zaqistan terbentuk dengan moto "sesuatu dari tidak ada".
Ketika ditanya mengenai motifnya melakukan perkara ini dia hanya mengatakan jika tidak ada standard undang-undang mengenai apa yang menjadi sebuah negara dan tidak. Dia pun menambah jika kerajaan tidak mengiktiraf kewujudan Zaqistan tetapi juga tidak menghentikannya melakukan ini.
Meet kini melawat Zaqistan beberapa hari dalam setahun dan membuat pelbagai monumen seni setiap kali datang. Dia juga mempunyai gerbang sempadan rondaan dengan robot pengawal raksasa. Bahkan Meet telah menjual pasport nyata dengan harga 40 USD melalui laman webnya.
Meet sendiri tidak merancang membina kabin di kawasan tersebut kerana tidak ada sumber air yang berhampiran dan bandar terdekat berada sekurang-kurangnya 96 km dari negara kecilnya. Dia juga mengaku selalu rajin membayar cukai, jadi apa yang dilakukannya ini bukan lah sesuatu yang menyalahi undang-undang. Bahkan Meet berharap jika Zaqistan suatu saat nanti benar-benar menjadi sebuah negara yang diiktiraf.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment