Monday 28 November 2016

Filled Under:

Era Kim Swee cukup mencabar



Mungkin tidak keterlaluan untuk mengatakan sudah tiba masanya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bertindak memecat Datuk Ong Kim Swee sebagai ketua jurulatih Harimau Malaysia.

Sejak Kim Swee mengambil alih tugas bekas jurulatih, Dollah Salleh dan dilantik sebagai pengendali tetap pada Januari lalu, beliau dilihat sering berdepan de­ngan beberapa kekangan ketika mengemudi pasukan kebangsaan di pentas antarabangsa.

Bermula dengan kritikan terhadap corak latihan yang dipraktikkannya, Kim Swee juga gagal membentuk skuad yang mantap sebaik empat pemain kelab Johor Darul Takzim (Johor DT), Safiq Rahim, Mohamad Aidil Zafuan Abd. Radzak, S. Kunanlan dan Amirulhadi Zainal membuat kejutan apabila mengumumkan persaraan daripada skuad Harimau Malaysia pada Julai lalu.

Kehilangan empat lagi tonggak utama skuad negara iaitu Izham Tarmizi Roslan, Fazly Mazlan, Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham dan S. Chanturu yang tidak dapat menyertai skuad kebangsaan disebabkan alasan tertentu me­nyaksikan Kim Swee hanya memiliki tiga pemain utama daripada skuad sebelum ini iaitu Khairul Fahmi Che Mat, Ahmad Hazwan Bakri dan Matthew Davies bagi menggalas cabaran pada kepen Piala AFF Suzuki 2016.

Ekoran kekurangan tersebut, pengendali kelahiran Melaka itu tidak meme­nuhi salah satu daripada tiga Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) iaitu gagal layak ke pentas final Piala AFF Suzuki 2016 sebaik tewas 0-1 kepada Myanmar pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan B di Stadium Thuwunna kelmarin.

Bukan mahu menidakkan kemampuan pemain-pemain yang berada di dalam skuad Piala AFF Suzuki kali ini tetapi Kim Swee sebenarnya masih dilihat memiliki beberapa pilihan pemain yang berkualiti tetapi atas beberapa kekangan tertentu, beliau hanya dapat menyenaraikan pemain yang sedia ada sahaja.

Justeru, Kim Swee tidak mampu me­lakukan sesuatu yang lebih baik dengan sekadar memiliki tiga pemain utama daripada skuad terdahulu jika diban­dingkan dengan kesebelasan utama yang dimilikinya ketika menewaskan Timor Leste 3-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2018 pada Jun lalu.

Malah, beberapa pihak turut dilihat tidak menyenangi Kim Swee sejak me­ngendalikan skuad kebangsaan dan di terus menerus diasak oleh pihak-pihak tertentu sehingga dia gagal menghimpunkan pemain terbaik dalam saingan liga tempatan.

Ketiadaan beberapa pemain terbaik bukan mahu dijadikan sebagai alasan tetapi berdasarkan situasi semasa, mana-mana pihak mengakui bahawa senario Kim Swee tidak sama jika dibandingkan ketika di bawah kendalian bekas jurulatih antaranya seperti Datuk K. Rajagobal atau Dollah yang mampu memiliki pemain terbaik ketika itu tanpa ada sekatan daripada mana-mana pihak.

Era Kim Swee ternyata cukup mencabar kerana ada pasukan tidak mahu melepaskan pemain mereka untuk menabur bakti dengan skuad kebangsaan..

Senario inilah yang telah membantutkan usaha Kim Swee untuk membentuk sebuah pasukan yang hebat dan berdaya saing, namun beliau tetap mampu melakukan yang terbaik dengan barisan pemain yang ada.

Pepatah ‘Too many cooks spoil the soup’ amat tepat untuk menggambarkan se­nario yang berlaku di dalam bola sepak Malaysia ketika ini dan Kim Swee boleh dianggap jurulatih yang kurang bernasib baik kerana berdepan dengan situa­si yang menyukarkannya untuk menghimpunkan pemain terbaik.Kosmo




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers