Tuesday, 29 November 2016

Filled Under:

Hot Dog Paling Berat di Dunia.


Mempunyai minat lebih pada dunia makanan ternyata boleh menghasilkan sesuatu yang kreatif . Begitu juga dengan lelaki berasal dari Amerika Syarikat yang berjaya meraih rekod dari Guinness World Records setelah membuat hot dog terbesar sedunia .

Brett Enright , salah seorang pemilik restoran di Florida Amerika Syarikat ini berjaya membuat hot dog terbesar di dunia dengan berat  sebanyak 57 kilogram . Ia mengaku memerlukan masa selama 3 jam untuk membuat hot dog ini dan dilakukan dalam sebuah festival Miami di Florida minggu lalu .

Breet mendedahkan bahawa ia memerlukan  tempat memanggang sepanjang 30 meter untuk memasak sosej hot dognya . Panggangan tersebut perlu diangkut oleh sebuat lori treler besar . Ia mengaku bahawa idea ini muncul ketika melihat seorang lelaki Chicago yang dulunya juga meraih rekod dunia selepas membuat hot dog raksasa .

" Ada seorang lelaki di Chicago yang punya rekod hot dog terbesar sebelumnya , " kata Breet . " Aku berharap dia boleh datang kembali dan mengalahkan hot dog yang kubuat ini , sehingga aku akan membuat hot dog yang lebih besar lagi . "

Sesuai meraih rekod dari Guinness Worlds Records , Breet kemudian memotong - motong hot dog tersebut untuk dijual kepada pengunjung festival . Satu potongan hot dog kecil dijual dengan harga US $ 1.










0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs