Thursday 24 November 2016

Filled Under:

Kerajaan Kelantan tak minat urus KAFA



KERAJAAN negeri Kelantan tidak berminat untuk mengambil alih pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) selepas presidennya, Tan Sri Annuar Musa melepaskan jawatan.

Begitupun, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya akan tetap membantu meningkatkan perkembangan bola sepak negeri Kelantan dari semasa ke semasa.

“Pengurusan KAFA beri dengan orang lainlah, kita tidak berminat. Sejak dahulu lagi, kita hanya bantu sahaja.

“Untuk terlibat secara aktif (dalam KAFA) memang kita tidak minat. banyak lagi benda lain yang kami perlu beri perhatian,” kata Mohd. Amar ketika ditemui selepas mesyuarat Exco di Kota Bharu semalam.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai cada­ngan bekas Presiden KAFA yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mahu Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob menerajui badan induk bola sepak Kelantan itu.

Ahmad Jazlan dilaporkan berkata, KAFA boleh mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) dalam tempoh terdekat untuk me­lantik Menteri Besar secara sah selaku Presiden KAFA.

Pasukan Kelantan dikatakan berada dalam keadaan yang sangat genting kerana kedudukan kewangannya yang semakin tenat, ditambah dengan peletakan jawatan Annuar yang dilihat sebagai individu yang mampu menarik dana masuk ke persatuan itu.

Sebelum ini, Annuar mengumumkan melepaskan jawatan Presiden KAFA berkuat kuasa serta-merta menerusi surat yang dihantar kepada Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md. Noor pada 8 November lalu.

Bagaimanapun, exco KAFA sebulat suara memutuskan mahu ‘bapa pemodenan bola sepak Kelantan’ itu terus kekal menerajui KAFA sehingga 2018.Kosmo





0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers