Monday 14 November 2016

Filled Under:

Senarai Jambatan Yang Sering Dijadikan Tempat Bunuh Diri.


Bunuh diri merupakan perkara yang sering dilakukan oleh manusia untuk menyelesaikan masalahnya , atau untuk mengakhiri hidupnya . Tapi siapa sangka , manusia-manusia yang ingin bunuh diri mempunyai tempat favorite  , tempat favorite itu merupakan jambatan .

Jambatan yang dibina dengan megah dan tinggi , ternyata menjadi tempat favorite manusia untuk mengakhiri hidupnya . Bahkan telah tercatat ada lima jambatan yang paling sering digunakan untuk manusia bunuh diri .

Jambatan ini , merupakan jambatan yang menjadi tempat pelancongan dan banyak pelancong hadir kerana jambatan - jambatan ini mempunyai keindahan yang sangat luar biasa .

Inilah dia ke lima jambatan yang sering dijadikan untuk tempat bunuh diri .



 1 . Nanjing Yangtze River Bridge

Jambatan yang terletak di Nanjing , Jiangsu , China ini merupakan tempat favorite manusia-manusia membunuh diri . Kerana menurut hasil catatan sebanyak  2,000 orang yang telah melompat dari jambatan ini dan terus maut pada tahun 1968 hingga 2006 . Dan pada tahun 2006 lalu , ada kira-kira 200 orang yang cuba bunuh diri , dan sebahagian besar daripada mereka berjaya di selamatkan sedangkan yang lain maut. Kemudian , polis mencatat ada sekitar 100 hingga 200 orang yang berjaya di selamatkan per tahunnya .


  2 . Golden Gate Bridge

Jambatan Golden Gate Bridge merupakan jambatan kedua selepas Nanjing Yangtze River Bridge yang menjadi tempat favorite  orang bunuh diri . Jambatan yang terletak di San Francisco , California , Amerika Syarikat ini telah di nyatakan sebagai Keajaiban Dunia Moden oleh American Society of Civil Engineers .

Telah tercatat sekitar 1,600 orang yang telah melakukan bunuh diri pada tahun 2012 lalu . Ada yang meninggal kerana tenggelam ada juga yang meninggal kerana trauma .


 3 . Prince Edward Viaduct

Jambatan lengkung yang satu ini merupakan jambatan yang juga sering digunakan untuk bunuh diri . Jambatan yang terletak di Toronto , Ontario , Kanada ini merupakan jambatan kedua selepas Golden Gate Bridge di Amerika Syarikat yang menjadi tempat favorite untuk bunuh diri . Di jambatan ini sangat mudah orang untuk melakukan bunuh diri kerana pagar jambatan ini sangatlah rendah . Sekitar lebih dari 500 orang bunuh diri di jambatan ini pada tahun 2003 .


  4 . Erskine Bridge

Jambatan yang terletak di Scotland ini merupakan jambatan yang paling terkenal untuk bunuh diri di Scotland . Jambatan ini merupakan jambatan yang mempunyai keindahan yang sangat mempesona . Namun , jambatan ini lebih sering digunakan untuk orang - orang mengakhiri hidupnya . Menurut hasil kajian sebanyak 15 orang yang telah bunuh diri di jambatan ini setiap tahunnya .



5 . Coronado Bridge

Jambatan yang terletak di California , Amerika Syarikat ini merupakan jambatan ketiga di Ameriika yang sering di gunakan untuk orang bunuh diri . Sudah tercatat sebanyak lebih dari 200 kes bunuh diri yang berlaku pada tahun 1972 hingga 2000 . Selain sebagai tempat bunuh diri , jambatan ini juga sering di datangi oleh banyak pelancong untuk melihat pemandangan yang indah dari jambatan ini .




1 comments:

  1. Anonymous11:35 am

    Jambatan Kedua Pulau Pinang, kenapa tak masuk senarai?

    ReplyDelete

Nuffnang Ads

Followers