Monday 14 November 2016
Filled Under:
unik dan pelik
Wanita Ini Beranak Melalui Kaedah Caesar Dilakukan Sendirian.
Posted By:
zamri spoon
on 12:00
Ini bukan kejuruteraan melainkan suatu kejadian nyata oleh seorang ibu yang berjuang untuk melakukan persalinan buah hati yang dikandungnya . Namun , tidak seperti ibu - ibu biasanya yang menjalani bersalin dengan bantuan doktor atau bidan , melainkan dengan diri sendiri .
Bahkan yang lebih menakjubkannya lagi , ibu ini melahirkan bayi yang dikandungnya dengan cara caesar seorang diri . Seperti yang kita tahu bahawa bersalin dengan cara caesar ini merupakan salah satu tindakan perubatan yang dilakukan oleh para doktor pakar bedah untuk membantu ibu bila mengalami gangguan saat melahirkan . Umumnya , doktor ini tahu betul bagaimana cara melanjalankan pembedahan caesar dan bagaimana tindakan pengendalian seterusnya .
Kejadian ini terjadi oleh seorang ibu bernama Inez Ramires Perez , berusia 40 tahun tinggal di sebuah rumah kabin di pergunungan Mexico Selatan . Terletak di dataran tinggi yang sepi dan tidak mempunyai jiran .
Pada saat itu , inez ini sedang mengandung di usia yang sudah dekat pada tarikh kelahiran bayinya . Pada hari itu juga inez merasa bahawa perutnya sudah mula merasakan tanda - tanda ingin melahirkan . Hanya ditemani oleh seorang anaknya yang berusia 6 tahun , bernama Bonito . Sementara suaminya sedang bekerja dan tidak pulang - pulang .
Kerana Ibu ini juga pernah mengalami perkara yang buruk ketika melakukan bersalin normal , bayinya meninggal di dalam kandungan.Ibu ini tidak tahu bagiamana caranya lagi untuk menghadapi bersalin bayinya . Disamping itu juga , hari juga mula gelap tepat pukul 12 jam dan tempat untuk menjangkau sebuah klinik pun berada 80 km dengan jalan yang curam .
Kerana sudah tidak tahan lagi untuk menahan rasa sakit perut itu , ia meminum beberapa teguk alkohol dan tanpa bantuan perubatan sekalipun ibu ini mengiris perutnya sendiri sepanjang 15 cm . Awalnya , Inez Ramirez memotong kulit perut , lemak dan ototnya dan menarik keluar bayi lelakiya itu , kemudian memotong tali pusat bayinya dengan gunting dan pengsan .
Rasa sakit yang dirasakan itu , membuahkan bahagia yang tiada tanding kerana dilahirkan bayi selamat tepat pada5 Mac 2000 , diberi nama Orlando Ruiz Ramirez dalam keadaan sihat dan aktif .
" Aku tidak boleh lagi menahan sakit , " katanya . " Dan jika bayiku harus mati , maka aku memutuskan lebih baik aku mati dengan cuba menyelamatkannya . Aku berharap ia boleh berkembang dan boleh melihatnya tumbuh dewasa . Aku berfikir bahawa saat itu Tuhan yang menyelamatkan hidup kami berdua . ungkapnya .
Namun , setelah beberapa jam kemudian Inez pun sedar dan bergegas untuk membungkus perutnya dengan sweater agar perdarahannya berhenti . Apabila ia sedar , ia meminta anaknya untuk mencari bantuan .
Pihak perubatan pun mendengar khabar menakjubkan Inez ini , lalu dua doktor pun datang kerumah Inez untuk memeriksa keadaannya dan bayinya dan diketahui pun keduanya sedang dalam keadaan baik - baik saja . Untuk mengambil tindakan lanjut , pihak perubatan pun kemudian menjahit luka dengan jahitan sepanjang 17 cm dengan jarum dan benang biasa . Dengan tambahan bantuan dari petugas kesihatan lain , kemudian ia membawa Inez dan bayinya menggunakan kereta kuda ke bandar dan merawatnya di klinik kesihatan .
Dr . Honorio Galvan dan Dr . Jesus Guzman yang menangani kes ini pun sangat - sangatlah hairan dan terkejut dengan kejadian yang luarbiasa ini . Proses melahirkan ekstreme ini walaupun mendapat perhatian yang dilaporkan dalam International Journal of Ginekologi dan Obstetrik .
Sungguh luarbiasa pengorbanan Ibu Inez ini tanpa memikirkan nasibnya sendiri . Bagaiamana sobat , kasih sayang ibu itu anaknya itu lebih besar dan tiada yang boleh menandingi . Mulai sekarang , sayangi dan hormatilah ibu kandung kamu , ingat ketika kamu dilahirkan ibulah yang berjuang mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan nyawa kamu .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Aduh... sakit tu buat sendiri...
ReplyDelete