Wednesday, 9 November 2016

Filled Under:

Senarai Pasar Jual Barangan Mistik .


Pasar menjual barangan keperluan dan makanan pasti sudah biasa anda dengar. Ternyata, ada juga pasar yang menjual barangan mistik, mulai dari tengkorak sampai barang para ahli sihir. Ini dia 3 pasar paling mistik yang boleh dikunjungi para pelancong.
Tidak ada sayur, buah, atau mainan kanak-kanak di pasar ini. Yang ada hanya aura mistik yang sangat terasa, jika anda menjejakkan kaki ke dalamnya.  Inilah 3 pasar paling mistik di dunia:


 1. Lome Voodoo Market, Togo

  

Di sebelah barat Afrika, di Kota Lome, Togo ada pasar yang luar biasa. Jangan terkejut jika memasuki kawasan pasar ini, anda seperti datang ke sebuah tanah perkuburan. Ratusan tenggorak dan organ dalam dari berbagai macam jenis haiwan ada di sini.

Tengkorak dan organ dalam haiwan di pasar ini berbeza-beza. Ada tengkorak harimau, tangan cimpanzi, kaki gajah, hati kuda, dan berbagai macam organ lain yang mungkin tidak layak untuk dijual. Haiwan-haiwan tersebut didatangkan dari seluruh penjuru dunia, sama halnya dengan pelancong yang berkunjung ke pasar ini.

Tengkorak-tengkorak tersebut nantinya akan dijadikan sebuah ubat tradisional oleh paranormal. Ubat tersebut konon boleh menyembuhkan banyak penyakit.


2. Mercado de Sonora, Mexico

 
Jika anda tidak percaya dengan dunia sihir,  anda harus datang ke Pasar Mercado de Sonora, Avenida Fray Servando Teresa, Mexico. Ini adalah pasar khusus untuk mencari pelbagai barangan-barangan yang berkaitan dengan dunia sihir. Bahkan yang datang kebanyakan adalah para ahli sihir asli dari seluruh penjuru dunia, atau yang biasa dikenali dalam bahasa Sepanyol adalah Bruja.

Tengkorak, voodoo, tulang, dan semua peralatan sihir, itulah yang dijual oleh peniaga di pasar ini. Selain itu, paranormal dan ahli nujum juga banyak menawarkan kepakaran unik dan aneh yang mereka miliki kepada setiap pelancong di pasaran ini.

Kebanyakan penduduk yang ada di sini mempunyai keyakinan brujos tradisional dan moden. Untuk golongan brujos tradisional lebih cenderung mempunyai kepakaran khusus seperti guna-guna. Oleh sebab itu, banyak pengunjung yang datang ke penyihir golongan ini untuk hal-hal bersifat mengubah jalan fikiran seseorang untuk menuruti perintah orang lain yang mahu, seperti membuat bekas kekasih kembali, membuat patuh seseorang, dan masih banyak yang lain. Sedangkan golongan brujos moden yang datang lebih condong ke arah spiritualis.


Seram, itulah anggapan pelancong-pelancong yang datang ke pasar ini. Walaupun seram, aura pasar ini tetap boleh mengundang perhatian pelancong untuk datang. Ramuan misteri, tanaman ubat, kemenyan, lilin-lilin aneh, patung-patung iblis pencabut nyawa, dan boneka voodo yang terpanjang di setiap kedai bukanlah hal yang aneh di sini.


3. Pasar Calle Linares, La Paz, Mexico 

Kalau Lome Voodoo Market sudah aneh dan Pasar Mercado de Sonora sudah mistik, ada yang lebih lagi di Bandar La Paz, Mexico. Di sini, Ada sebuah pasar mistik bernama Calle Linares yang menjual ubat-ubatan yang berasaskan tengkorak dan tulang haiwan sekaligus kedai-kedai yang menjual pelbagai barang-barang keperluan para ahli sihir.


Mahu meramal masa depan atau bahkan membuat bekas kekasih kembali lagi, boleh di pasar ini. Masuk saja ke salah satu kedai di Pasar Calle Linares, maka anda akan bertemu dengan ahli nujum atau paranormal di dalamnya. Hampir semua macam permohonan boleh anda minta di sini.


Selain itu, ada juga ubat-ubatan tradisional yang konon boleh menyembuhkan pelbagai macam penyakit. Uniknya, ubat-ubatan ini terdiri dari tengkorak dan tulang-tulang haiwan. Lalu, ada juga kedai yang menjual jimat atau barang-barang nasib, seperti tulang katak, bulu burung hantu, dan lain-lain.




5 comments:

  1. Eeee....menakutkan...

    ReplyDelete
  2. jadi ga sakral dong kalau di jual terbuka

    ReplyDelete
  3. malah mempermudah praktek sihir

    ReplyDelete
  4. berarti sudah legal perdagangan alat sihir disana

    ReplyDelete
  5. harganyapun pasti mahal, seperti harga tengkorak manusia

    ReplyDelete

Followers

networkblogs