Thursday 22 December 2016

Filled Under:

Bawa Bangkai Paus Bersiar siar.

Jika anda melihat foto ini mungkin berfikir itu adalah kereta hiasan, tapi nyatanya tidak. Lori dengan badan paus besar itu sebenarnya  memang bangkai ikan paus . Tidak hairan, pemilik lori tersebut akhirnya jadi popular.

Cai Chengzhu kelihatan membawa paus sepanjang 1.8 meter di atas lori ketika pergi ke pasar di Shisi di China. Selama 1.5 jam ia membawa ikan seberat 2 tan yang ditemuinya ketika turun ke laut . Cai mengaku paus itu terjerat jaringnya dan memakan ikan tangkapannya.

Cai sendiri mengaku tidak tahu bahawa ikan yang dibawanya adalah paus jerung yang jarang ditemiu yang dilindungi. Hukumnya adalah harus segera melepaskannya jika tidak sengaja tertangkap. Namun lelaki berasal dari Xianghzhi, wilayah Fujian.

"Makhluk raksasa ini merosakkan jaringku dan masuk ke dalamnya untuk memakan ikan-ikan yang kutangkap," kata Cai. "Boleh korang lihat sendiri masih ada beberapa ikan di mulutnya, tetapi dia mati selepas terjerat jaring."

"Malangnya sudah terlambat ketika kami ingin melepaskannya. Kami sudah berusaha keras tapi sayangnya ia mati jadi sayang jika dibuang begitu saja," kata lagi lelaki berusia 48 tahun itu. "Aku bertanya pada petugas pasar ikan dan mereka bilang itu sudah mati ketika ditangkap dan kerana itu kami akan menjualnya di sana."

 








0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers