Wednesday, 28 December 2016

Filled Under:

Bayi Paling Berat Dilahirkan di China.


Kelahiran bayi merupakan saat-saat yang membahagiakan. Terlebih lagi jika bayi tersebut sihat. Seorang ibu berasal  dari  China menjadi terkenal dengan bayi 'besar' yang baru-baru ini dilahirkannya.

Ibu yang tidak ingin disebut namanya ini melahirkan bayi dengan berat 6.3 kg di hospital Chongji Maternity, Yuncheng, China. Bayi lelaki ini terus membuat gempar staff perubatan dan masyarakat China lantaran saiznya yang luar biasa.

"Selama 30 tahun bekerja di sini, baru kali ini aku melihat bayi sebesar itu," kata pengarahhospital terbabit. "Secara umum, berat bayi yang baru lahir hanya 2.5 hingga 4 kg. Bayi dengan berat lebih dari 4 kg adalah dianggap 'besar'."

Ketika lahir, berat bayi ini dianggarkan sama dengan bayi berusia 3 bulan. Berdasarkan World Health Organisation, berat bayi yang baru lahir biasanya akan mencapai 3 kg, tetapi bayi berpipi merah ini mencapai dua kali ganda.

Bayi yang dilahirkan oleh ibu berusia 34 tahun itu disenaraikan terus dalam senarai Bayi Terberat di Dunia versi Guinness World Records. Sementara itu, rekod Bayi Terberat di Dunia masih dipegang oleh Anna Bates yang lahir 19 Januari 1879 di Ohio. Malangnya, bayi seberat 10.8 kg tersebut meninggal 11 jam kemudian.

Rekod lain dicapai oleh bayi Itali yang lahir di September 1955 dengan berat 10.2 kg. Bayi lain adalah Anna Swan, yang lahir 1846 di Nova Scotia dengan berat 8kg. Sedangkan Januari 2003 lahir seorang bayi bernama Ademilton dos Santos di Brazil dengan berat 7,57 kg.

 







0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs