Tuesday 27 December 2016

Filled Under:

Ikan Lumba lumba Berkepala Dua.


Bangkai seekor ikan lumba-lumba yang terdampar di pesisiran pantai di Turki membuat orang-orang yang melihatnya terkejut kerana mempunyai dua kepala.Ikan lumba-lumba itu mirip kembar siam pada manusia iaitu mempunyai satu badan dengan dua kepala.

Ikan lumba-lumba yang dianggarkan masih berusia satu tahun itu ditemui di pantai Izmir oleh Tugrul Metin. Ia mengaku awalnya tidak menyedari kalau bangkai ikan berbentuk aneh itu ialah ikan lumba-lumba. "Pada mulanya aku tidak mengenalinya kerana aku tidak pernah dengar ikan lumba-lumba yang seperti itu. Aku benar-benar terkejut, "kata guru sukan ini. 


Tugrul kemudian melaporkan penemuan bangkai tersebut kepada polis yang kemudian membawanya ke makmal untuk diteliti lebih lanjut. Profesor Biologi Marin Ak Deniz University, Mehmet Gokoglu, mengaku gembira mendapat peluang untuk meneliti lumba-lumba yang jarang berlaku ini. Khabarnya salah satu mata di satu kepalanya tidak boleh terbuka sempurna.
 





0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers