Tuesday 6 December 2016

Filled Under:

Kapal Terbang Ini Terbang Tanpa Bahan Api.


Pasukan projek KAPAL TERBANG tenaga solar mempunyai rancangan paling bercita-cita tinggi iaitu mengelilingi dunia dalam 20 hari dan malam tanpa setitik pun bahan bakar . 

Kapal terbang Solar Impulse saat ini memegang rekod untuk penerbangan terpanjang , kapal terbang  ini boleh berada di langit biru selama lebih dari 26 jam .
 Kapal terbang menggunakan  tenaga solar ini dihasilkan oleh Bertrand Piccard dan Andre Borschberg dari Switzerland , kapal terbang itu terbang dengan menggunakan empat enjin yang disokong oleh 12,000 sel solar yang melekat pada sayapnya yang lebar dan panjang . 

Pasukan berasal dari Switzerland ini mengatakan bahawa kapal terbang ini bukan kapal terbang yang pertama yang terbang dengan sepenuhnya oleh tenaga cahaya matahari , akan tetapi kapal terbang ini adalah yang pertama yang dapat meneruskan penerbangan siang hari sampai malam hari bahkan mendekati subuh . 

Tenaga kapal terbang solar lebih banyak diperoleh pada siang hari dengan mengumpulkan tenaga dari matahari dan menyimpan dalam bateri untuk digunakan terbang pada malam hari .

Kapal terbang tenaga solar ini menyelesaikan perjalanan sejauh 1,550 batu, melintasi Eropah ke Afrika Utara dalam tiga langkah, namun penciptanya yakin bahawa reka bentuk radikal kapal terbang tenaga solar ini dapat untuk terbang selamanya. Bahan pesawat menakjubkan ini diperbuat daripada bahan ringan, Solar Impulse mempunyai sayap yang luas namun beratnya tidak lebih dari berat kereta kecil, luar biasa!
 








0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers