Monday, 26 December 2016

Filled Under:

Pepatung Bersaiz Gergasi.


Penduduk di kawasan Buckinghamshire di sini gempar apabila menemui seekor pepatung gergasi di kawasan mereka, lapor portal Metro.co, kelmarin.

Imej seekor pepatung gergasi sebesar 20 sentimeter (sm) berjaya dirakamkan oleh seorang penduduk, Rowena Wilkinson, 53, ketika serangga itu hinggap di tingkap rumahnya di Weston Turville.

Serangga berwarna hitam kelabu itu ditemui oleh anaknya, Molly, 24, di bahagian dapur sebelum dia menjerit ketakutan.

"Saya terdengar suara anak saya menjerit sebelum mendapati seekor pepatung gergasi sedang terbang," kata Wlkinson yang turut sama ketakutan.

Menurutnya, serangga itu mengeluarkan bunyi yang sangat bising seperti helikopter mini dan kelihatan seperti raksaksa.

Pepatung gergasi itu akhirnya dihalau keluar menerusi tingkap dapur selepas imejnya berjaya dirakamkan.

"Situasinya sama seperti berhadapan dengan labah-labah dan kami seperti tidak percaya dengan saiznya yang begitu besar," kata Wilkinson. -Agensi



Jom saksikan video berikut ini:





0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs