Thursday 5 January 2017

Filled Under:

Anjing Terpantas Berlari Guna Dua Kaki.


Seekor anjing mampu memecahkan rekod dunia kerana keupayaannya yang unik. Anjing jenis Pomeranian bernama jiff, mendapat penghargaan dari Guinness World Records sebagai anjing Terpantas yang Berjalan dengan 2 Kaki. 

 Guinness World Records mengumumkan bahawa jiff mendapat 2 rekod dunia sekaligus. Anjing berasal dari Los Angeles, California, menjadi anjing terpantas yang berlari menggunakan kaki belakangnya dengan rekod 10 meter dalam 6.56 saat dan 5 meter dalam 7.76 saat dengan kaki depannya.

Selain berlari dengan kedua kakinya, jiff punya kepakaran lain yang tidak kalah unik. Anjing unik ini mampu berjabat tangan, bengkok, bermain skateboard dan memberi cap tangan untuk penggemarnya.

Jiff yang comel ini juga terkenal dengan mempunyai banyak peminat di akaun media sosialnya. Penggemarnya di Facebook mencapai 1.3 juta, sedangkan di Instagram sebanyak 232 ribu dan di Twitter lebih dari 14 ribu followers.

Ini merupakan pencapaian terbaru untuk seekor anjing. Ia bahkan menjadi sensasi di internet dengan muncul dalam video muzik Katy Perry, "Dark Horse".

Pengumuman jiff ini rupanya berkaitan dengan buku "Guinness World Records 2015" yang akan dilancarkan. Guinness World Records akan memperingati 60 tahun dengan mencetak buku tersebut pada 10 September mendatang.


Jom saksikan video berikut ini: 



 







0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers