Sunday 1 January 2017

Filled Under:

Guna 1000 Hotdog Ajak Teman Wanita Berkahwin.


Ada banyak cara unik untuk melamar kekasih, seperti yang dilakukan Wang Chiu. Lelaki berasal dari China ini melamar Zhen Juan Kang dengan membeli 1001 roti hot dog. Semuanya itu disusun sedemikian rupa membentuk ungkapan kasih sayang.

Rupanya pemilihan hot dog itu tidak terlepas dari "nilai sejarah" terhadap hubungan asmara mereka. Dulu Wang Chiu dan Zhen Juan pertama kali bertemu di kedai hot dog sewaktu bercuti di Thailand. Kenangan pertemuan itu pun kerap menjadi kenangan di antara mereka selama masa bercinta namun Zhen Juan juga tidak menyangka bakal dilamar menggunakan hot dog.

Wang Chiu menyatakan lamarannya di Chengdu, suatu kawasan di wilayah Sichuan, dengan menderet hot dog isi sosej dalam bungkusan plastik membentuk kata "Love". Lelaki berusia 32 tahun itu menambah satu hot dog dari seribu yang ditatanya kerana ungkapan "kamu satu diantara seribu" bermakna istimewa dalam budaya China.

Lamarannya berakhir bahagia dengan Zhen Juan menjawab "Ya, saya bersedia". Tidak lupa dalam kesempatan itu keduanya mengingatkan bahawa sosej juga akan berperanan penting dalam pesta perkahwinan mereka akan datang.









0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers