Thursday 5 January 2017

Filled Under:

Jadi Kaya Kerana Selalu Ubah Rambut .


Wanita pada umumnya gemar mengubah gaya rambut agar sentiasa kelihatan menarik. Perkara itu juga dilakukan oleh dua gadis berasal dari Florida, Shir Ben-Zikry dan Sophie Rose. Dua sahabat berusia 18 tahun itu gemar mengikat rambutnya dengan gaya yang berbeza apabila pergi ke sekolah.

Pelbagai pujian kerap mereka dapatkan. Banyak yang mengatakan mereka berdua sangat kreatif dan akan meraih kejayaan jika mampu memanfaatkan kepakaran mereka. Akhirnya, mereka berdua memutuskan untuk membuat akaun Instagram bernama Instabraid sebagai satu cara untuk membahagikan aneka karya yang mereka buat.

 "Ada salah seorang kawan yang mengatakan bahawa karya kami sangat unik. Maka dari itu, aku berkata pada Shir mengapa kita tidak membuat akaun agar dapat berkongsi dengan rakan-rakan sekolah, "kata Sophie.

 Kini, kedua-dua gadis itu mampu mengumpulkan lebih dari US $ 16 ribu  dari pelbagai sponsor setiap minggu. Bahkan beberapa selebriti juga kerap menjadi model mereka diantaranya Jennifer Aniston, Emmy Rossum dan Paris Hilton.
 








0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers