Sunday 1 January 2017

Filled Under:

Lagu berdurasi terpanjang di dunia


Lagu berdurasi terpanjang di dunia  diciptakan kumpulan muzik berasal  dari Amerika Syarikat, Bull of Heaven. Kumpulan yang dibentuk sejak tahun 2008 dan dianggotai oleh dua pemuzik eksperimental, Clayton Counts dan Neil  Keener, tersebut berjaya mencipta lagu berdurasi hingga seribu tahun.

Awalnya, mereka berdua menulis "Weed Problem" dengan tempoh 44 minit. Lalu, pada 2009, duo ini mencipta "The Chosen Priest And Aposite Of Infinite Space" dengan tempoh 1453 jam atau sekitar 2 bulan untuk mencatatkan namanya di buku rekod dunia.

Dua tahun kemudian, mereka kembali memecahkan rekod dengan lagu "A Violet Breath" yang berdurasi 9772 jam atau sekitar 9 bulan. Kemuncaknya, kumpulan muzik itu mencipta lagu yang tidak berjudul dengan panjang tempoh hingga seribu tahun.

Lagu terpanjang di dunia itu pada mulanya hanya berdurasi 20 minit sahaja. Namun berkat bantuan alogaritma komputer dan penambahan beberapa variasi, lagu itu boleh dimainkan hingga seribu tahun tanpa berhenti, bermula pada 1 Januari 2000 hingga 31 Disember 2999​​.

Lagu itu kini dimainkan di Millennium Dome di London, 19th Century Lighthouse di Trinity Buoy Wharf. Tidak hanya itu, lagu tersebut juga dimainkan di beberapa negara lain seperti di Amerika, Australia dan Mesir.

Bull of Heaven sendiri bukan kumpulan muzik yang menggunakan sistem album tetapi siri atau kategori. Mereka juga dikenali dengan klasifikasi genre muzik yang kompleks iaitu extremely slow experimental dark ambient, berdengung, harsh noise, post-rock, doom, sludge, minimalism, moden classical, jazz, free improvisation, progressive rock.


Berikut Ialah video  Kumpulan   Bull of Heaven:


 




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers