Thursday, 19 January 2017

Filled Under:

Lapangan Terbang di Puncak Gunung.


China akan membuka sebuah lapangan terbang baru dengan rancangan yang cukup kontroversi. Sebabnya, lapangan kapal terbang itu akan dibina di puncak gunung sehingga mereka harus memotong beberapa puncak gunung.

 Lapangan kapal terbang itu akan berada pada ketinggian 600 meter di atas permukaan laut. Letaknya yang berada di puncak gunung,  arkiteknya harus memotong puncak gunung tersebut.

 Maka deretan gunung di Hechi, wilayah Guangxi yang meliputi Gunung Jiuwangda di utara, Phoenix di barat laut, Fengling di timur hingga duyang di barat serta Green Dragon di barat daya terpaksa dipotong untuk membuat landasan pesawat sepanjang 2.2 km.

 Lapangan kapal terbang itu dibina untuk menjimatkan laluan perjalanan ke Hechi dimana untuk sampai ke sana harus terbang ke Liangjiang International Airport lalu diteruskan jalan darat hingga lebih dari 200 km.

 Lapangan kapal terbang ini hanya akan mempunyai satu terminal dan satu landasan dan hanya akan dapat menampung 3 pesawat dalam satu jam. Pembangunan lapangan kapal terbang ini sudah bermula sejak tahun 2008 .
 






0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs