Tuesday 3 January 2017

Filled Under:

Misteri Lingkaran Bulat di Afrika Yang Belum Terungkai.



Banyak misteri  yang belum dapat diselesaikan di dunia sehingga kini, salah satunya adalah misteri lingkaran Afrika.

Misteri lingkaran Afrika berada di padang pasir yang membentang 1200 batu dari Angola melalui Namibia ke utara Afrika Selatan, lingkaran yang berupa bintik-bintik kemerahan berjumlah ribuan itu disebut sebagai lingkaran peri, nama ini adalah daya tarik bagi siapa saja yang ingin cuba menyelesaikan misteri asal-usul mereka.


Lingkaran peri yang berada di padang pasir adalah pola pusingan tanah berpasir yang mengganggu padang rumput kering, nampak seperti wabak penyakit yang menyebar di tanah tersebut.


Bagi orang-orang Himba yang tinggal di kawasan tersebut tidak ada yang boleh menjelaskannya, mereka hanya berkata bulatan peri itu dibuat oleh "nenek moyang asli, Mukuru," atau lebih puitis lagi mereka mengatakan lingkaran peri adalah "jejak kaki para dewa."

Seorang saintis Jerman beberapa waktu yang lalu melaporkan kajian bahawa lingkaran peri Afrika kemungkinan besar dibuat oleh  anai-anai yang membuat banyak rumah gurun di oasis padang rumput kekal.


Anai-anai itu adalah Psammotermes allocerus yang merupakan jenis anai-anai pasir yang hidup di padang pasir Namibia dan negara-negara jiran di benua Afrika.

Dalam sebuah artikel di jurnal Science, Norbert Juergens, seorang profesor ekologi di Universiti Hamburg, mengatakan bahawa  anai-anai pasir bekerja seperti memberang yang boleh membuat empangan bersaiz besar dan berkaitan langsung dengan keamatan perubahan persekitaran.


Tahun 2012, seorang seorang ahli biologi di Universiti Negeri Florida menerbitkan sebuah analisis foto udara dan satelit dan kajian lain untuk menggambarkan jumlah, saiz dan dinamik formasi bulatan peri tersebut.

Beberapa di antaranya mempunyai saiz kecil berdiameter 6 meter, dan lingkaran peri terbesar boleh tumbuh sekurang-kurangnya 12 meter dan tidak pernah tumbuh jauh lebih besar. Dianggarkan bahawa lingkaran peri kecil mempunyai rentang hidup rata-rata selama 24 tahun, yang lebih besar selama 75 tahun.


Para saintis di Universiti Pretoria di Afrika Selatan juga telah menguji hipotesis gas alam seperti metana atau racun lain yang naik ke permukaan dan memusnahkan tumbuh-tumbuhan di tempat tersebut. Tapi hasil hipotesis ini tidak meyakinkan.

Akan tetapi, Dr Juergens sangat yakin dengan hipotesisnya dan mengatakan bahawa semua bulatan yang dia dan rakannya semak secara teratur lebih daripada 40 kunjungan ke lapangan dalam 6 tahun terakhir mempunyai 2 ciri-ciri mengatakan bahawasanya anai-anai P. allocerus ada di semua bulatan peri Afrika, dan tanahnya sangat berpasir.






0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers