Friday, 13 January 2017

Filled Under:

Pendaki Cilik Sudah Mendaki 40 Negara.


Seorang kanak-kanak yang baru berusia dua tahun telah melakukan pendakian sejauh 482 kilometer di 40 buah negara dengan ibu bapanya, lapor MailOnline semalam.

Kanak-kanak itu, Bodhi Bennett telah menerokai kebanyakan gunung di taman negara sekitar Amerika Syarikat.

Ibunya, Shannon, 27, berkata, anak sulungnya itu telah dibawa melakukan pendakian pertama ketika berusia lima hari.

“Ketika mengandungkan Bodhi, saya dan suami tidak mahu kehidupan kami berubah selepas bergelar ibu bapa. Ramai yang mengatakan anak akan mengubah kehidupan pasangan suami isteri kerana selepas menjadi ibu dan bapa, kita dianggap tidak dapat lagi melakukan perkara-perkara yang menyeronokkan.

“Namun, tanggapan itu sama sekali tidak benar memandangkan sejak kecil lagi, kami telah mengajar Bodhi mendaki dan dia kelihatan seronok melakukannya,” katanya.

Namun demikian, Shahnon menegaskan dia amat menitikberatkan soal keselamatan ketika Bodhi melakukan pendakian kerana tidak mahu kejadian yang tidak diingini berlaku.

Dia yang telah mendokumentasikan pendakian mereka kini mempunyai beribu-ribu pengikut dalam laman Instagram. – Agensi









0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs