Sunday, 22 January 2017

Filled Under:

Tahah Perkuburan Khas Untuk Kereta Usang.


Chatillon seakan-akann sebuah lokasi filem dimana Bumi telah mengalami bencana yang dahsyat dan kereta-kereta berubah menjadi besi buruk dan ditumbuhi pokok-pokok . Beratus-ratus kubur kereta yang berbaris di jalan-jalan tua seakan sedang mengalami kesesakan akibat hendak melarikan diri dari bencana tersebut.

Khabar yang berhembus mengenai Chatillon di kalangan para pelancong yang berminat menyaksikan fenomena unik itu pun menyebutkan bahawa kereta-kereta yang ada di sana merupakan milik tentera Amerika yang disembunyikan pada masa perang dunia kedua .

Lokasi yang terletak di dalam hutan Belgium membuat para tentera Amerika itu berniat menyelamatkan kenderaan mereka dari harta rampasan  perang. Suatu saat jika keadaan telah aman, maka kenderaan itu akan mereka ambil kembali.

Namun dari laman Boredpanda.com yang memuatkan kisah kubur kereta terbesar dan paling menyeramkan ini, penduduk setempat menyanggah pelbagai gosip seram yang beredar mengenai Chatillon.

Mereka menyebutkan bahawa Chatillon yang mengandungi kira-kira 500 bangkai kereta itu murni adalah lokasi pembuangan kereta . Jadi bukan kereta milik tentera atau pelbagai kisah misteri lain.

Lokasi tersebut mula digunakan sebagai tempat pembuangan bangkai kereta saat perang dunia kedua telah berakhir. Berbeza dengan lokasi pembuangan kereta lain, Chatillon menjadi begitu seram sebab banyak pokok tumbuh dan menjadikan tempat itu hutan yang tebal.

Sayangnya saat ini Chatillon yang telah ada sejak puluhan tahun lalu sudah dibersihkan oleh kerajaan Belgium, sehingga yang tersisa hanyalah foto-foto mengenai kengerian kubur kereta itu.











0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs