Sunday 22 January 2017

Filled Under:

Indahnya Masjid Kat Jepun Nie.


Jepun ialah sebuah negara maju dengan Islam menjadi agama yang minoriti di sana. Namun demikian, perkembangan Islam di negeri yang kebanyakan penduduknya beragama Shinto itu cukup menggembirakan. Hingga tahun 2014 ini, jumlah masjid yang telah berdiri di seluruh Jepun mencapai 80 buah, dan terus bertambah.

Masjid paling besar yang ada di Jepun bernama Tokyo Camii, berada di bandar Tokyo. Pembangunan masjid tersebut dilakukan oleh pekerja-pekerja berasal dari Turki, sehingga reka bentuknya bergaya Ottoman dengan reka bentuk mirip masjid Biru di Istambul.

Terdiri dari 2 tingkat, kapasiti jemaah masjid mencapai 1200 orang. Lokasinya berada di perumahan Yoyogi Uehara, mudah sekali untuk sampai dari kawasan pelancongan sekitar Shinjuku dan Harajuku.

Bahagian bawah masjid atau tingkat 1 difungsikan sebagai pusat kebudayaan Islam, tempat masyarakat umum boleh berkunjung dan belajar mengenai agama ini. sedang tempat solat berjemaah terletak di tingkat 2.

Jemaah masjid Tokyo Camii sebahagian besar memang pendatang, umumnya dari Turki,  serta negara lain. Kerananya khutbah imam masjid diucapkan dengan bahasa Turki, Inggeris, juga Jepun.

Yang menyejukkan dari kisah masjid Tokyo ini adalah, toleransi yang terjadi di sana. Banyak masyarakat bukan Islam yang khusus mendatangi masjid untuk duduk di tingkat 1, yang terdapat sebuah lobi dengan suasana selesa.

Mereka sekadar ingin merasakan ketenangan seusai menjalankan aktiviti padatnya dengan duduk di lobi masjid Tokyo Camii. Disiarkan oleh laman Nippon.com, pengunjung wanita tetap harus menghormati masjid dengan memakai tudung jika ingin duduk di lobi. Tudung sudah disediakan masjid sehingga mereka hanya tinggal memakainya.














0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers