Wednesday 8 February 2017

Filled Under:

Ayam Belanda Keturunan Dari Spesis Dinasour Ganas?


Ayam dan ayam belanda mungkin adalah haiwan yang paling sering dimakan manusia di sebagai pengambilan protein dalam kehidupan sehari-harian. Tapi pernahkah anda membayangkan bahawa kedua-dua ayam tersebut adalah saudara-mara terdekat dari dinosaur yang ganas?

Menurut kajian yang diterbitkan di BMC Genomics, ayam dan ayam belanda merupakan spesies yang kekerabatannya paling dekat dengan dinosaur daripada jenis burung lain. Science menyebutkan bahawa 200 juta tahun lalu, ada tiga jenis haiwan di bumi yakni burung (purba), buaya, dan dinosaur yang tergolong dalam satu kelompok haiwan yang disebut "archosaurus".

Dinosaur harus pupus 65 juta tahun lalu, sedangkan kedua saudaranya, buaya dan burung, selamat. Seperti yang dapat dilihat sekarang, buaya tidak banyak mengalami evolusi sehingga tetap kelihatan "ganas".

Burung di sisi lain terus mengalami evolusi dengan cepat dalam 10-15 juta tahun belakangan. Berdasarkan fosil yang ditemui, burung awalnya juga mempunyai gigi namun perlahan hilang dan hanya tinggal paruhnya saja. "Burung adalah keturunan hidup dari dinosaur," ungkap saintis dari Universiti Copenhagen, Tom Gilbert.




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers