Sunday, 19 February 2017

Filled Under:

Gumpalan Rambut Seberat 1kg Dalam Perut.



Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang gumpalan rambut seberat satu kilogram di dalam perutnya.

Remaja dari Punjab itu kerap mencabut dan menelan rambutnya sendiri sejak beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun, baru-baru ini, tabiatnya itu membawa padah apabila dia mula muntah dan langsung tidak boleh makan atau minum.


Keadaan remaja itu yang disahkan menghidap Sindrom Rapunzel menyebabkan ibu bapanya menghantarnya ke hospital.

Doktor yang melakukan imbasan terkejut melihat gumpalan besar rambut di dalam perutnya dan menyarankan dia segera dibedah.

Sindrom Rapunzel jarang berlaku dengan kurang 120 kes dilaporkan dan lazimnya dialami wanita muda. Akibatnya, gumpalan rambut memenuhi ruang perut. - Agensi




1 comments:

Followers

networkblogs