Sunday 19 February 2017

Filled Under:

Usia 105 Tahun Cipta Rekod Dunia.



Warga emas Perancis mencipta rekod dunia berbasikal sejam di sini, semalam bagi pengayuh berusia lebih 105 tahun.

Robert Marchand yang dilahirkan pada 1911, tiga tahun sebelum bermulanya Perang Dunia Pertama, mengayuh 22.547 kilometer (km) dalam masa satu jam di velodrom nasional di sini.

Kantanya, dia mampu mengayuh lebih laju lagi.

“Saya tidak nampak tanda menyatakan terdapat 10 minit lagi. Jika tidak, saya akan kayuh lebih laju,” katanya di garisan penamat.

Marchand turun dari basikalnya tanpa masalah dan walaupun jurulatih meletakkan tangan bagi menolongnya, dia berjalan ke luar trek tanpa kesukaran.


"Saya tidak letih, kaki saya tidak sakit tetapi tangan saya sakit. Mesti ada yang sakit!" katanya selepas mengayuh 92 pusingan di trek itu.

"Saya rasa terharu dan bertanyakan jika semua ini adalah benar!" katanya.

Apabila ditanya jika dia akan melakukan pusingan lagi, beliau berkata dengan tegas: "Tidak!"



Tiga tahun lalu, beliau berjaya mengayuh 26,927 km dalam satu jam iaitu satu rekod bagi seseorang berumur lebih 100 tahun.

"Sekarang saya akan tunggu dan lihat jika ada sesiapa yang mahu mencabar rekod ini," katanya sambil ketawa kecil.

Ketika sambutan rekod baru itu, Marchand ditanya jika belau mengintai rekod bagi kumpulan usia 110 tahun.

"Itu lama lagi. Nanti kita cakap mengenainya pada masa akan datang," katanya.

Pesara bomba yang juga bekas juara gimnastik nasional dan peninju menganggap kecergasannya disebabkan pemakanan yang sihat serta banyak bersenam.

"Saya bersukan sepanjang hidup saya, banyak makan buah-buahan serta sayur-sayuran dan kurang minum kopi," katanya sebelum percubaan rekod.

"Saya berbasikal di antara 10 dan 20 kilometer sehari tetapi tidak berlatih di luar. Saya takut selsema!" katanya.



Sementara itu, seorang daripada jurulatihnya, Jean-Michel Richefort, berkata, beliau turut terharu dengan pencapaian anak buahnya itu.

"Dia mengayuh sangat cepat dan saya takut ototnya kejang tetapi dia teruskan prestasinya. Dia sangat fokus dan mengikuti garis yang sempurna," katanya.


Sebagai perbandingan, rekod dunia kayuhan satu jam adalah 54,526 km yang dicatatkan oleh juara Tour de France warga Britain dan pemenang pingat emas Olimpik, Bradley Wiggins.harian metro.com



Jom saksikan video berikut ini:





0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers