Monday, 13 February 2017

Filled Under:

Minyak Zaitun Digunakan 8,000 Tahun Dahulu.

  
Minyak zaitun memang mempunyai banyak sekali khasiat, yang sangat bagus untuk manusia. Minyak ini sudah digunakan sejak lama, baik untuk keperluan kesihatan, kecantikan, sehingga keperluan lain.

Namun bukti sejarahnya tidak pernah memberikan keterangan waktu, bila  minyak zaitun digunakan. Sampai penemuan sebuah serpihan berupa tembikar ditemui di Ein Zippori, Israel, yang memberikan bukti yang sahih penggunaan minyak zaitun pada zaman tersebut.


 Analisa pada tembikar kuno tersebut memberikan jejak masa, jika minyak zaitun pernah digunakan pada zaman Gangsa, yang dianggarkan penyelidik penggunaannya sama dengan zaman moden ini.

Ianir Milevski dan Nimrod Getzov dari pihak berkuasa barang antik Israel mendedahkan, bagaimana tembikar kuno tersebut digunakan oleh masyarakat kuno.



Ahli-ahli arkeologi menemui serpihan berusia 8,000 tahun (gambar) di Ein Zippori di Galilea.

 
"Walaupun sukar mengatakan hal yang sebenarnya, ini kemungkinan besar merupakan tempat minyak zaitun pertama kali digunakan, yang berasal dari biji-bijian dan kacang-kacangan yang kita kenal saat ini. Dari zaman kuno hingga sekarang, ekonomi di Mediterranean, berdasarkan pada minyak zaitun berkualiti tinggi, dan tanaman ini sering disebutkan di dalam kitab suci, "kata penyelidik.

Masyarakat sebelum Yahudi juga sering mempraktikkan jika minyak zaitun sering digunakan sebagai pelengkap makanan, ibadah, dan juga kesuburan. Tembikar tersebut didapati dari tahun 5800 Sebelum Masehi.



Masyarakat menggunakan minyak itu adalah pra-Yahudi dan mengamalkan agama yang berkisar penyembahan kesuburan, pakar-pakar berkata.


 
Penemuan ini adalah bukti kuat, jika minyak zaitun memang digunakan sejak lama lagi, baik sebagai makanan atau sumber bahan bakar. Dan penemuan ini disiarkan di dalam laman  jurnal Sains Tanaman Israel.




0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs