Sunday, 19 February 2017

Filled Under:

Nasib Baik Tak Mati.



Seorang lelaki mengalami kecederaan mengerikan apabila kepalanya ditusuk tembuling ketika menangkap ikan dalam kejadian dipercayai berlaku di Amerika Utara.

Gambar lelaki itu duduk di atas katil hospital menunggu mendapat rawatan dengan tembuling itu terjulur dari telinganya tular selepas dimuat naik ke media sosial Rabu lalu.

Lelaki itu amat bernasib baik kerana jika terkena beberapa milimeter ke atas dia pasti mati.


Video dibawah menunjukkan dia tidak berhenti mengerang kesakitan ketika menunggu dibedah dengan mukanya berlumuran darah kesan luka berkenaan.







Gambar lain yang dimuat naik kemudian menunjukkan lelaki itu selepas pembedahan dengan dia melemparkan senyuman dan membuat isyarat 'V.'

Gambar berkenaan amat popular di media sosial dan dikongsikan beribu-ribu kali.

Walaupun ramai yang bersimpati dengan lelaki itu, ada juga yang sempat memberikan pandangan berbeza.

Seorang wanita berkata: "Sekarang dia tahulah bagaimana perasaan ikan mereka tangkap!"

Kejadian itu dipercayai berlaku di pesisir pantai Bahamas. - Agensi


Jom saksikan video berikut ini:






0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs