Sunday, 5 February 2017

Filled Under:

Rawat Pesakit Guna Pam Basikal.


Sebuah foto doktor India melakukan tindakan mengejutkan beredar luas di internet. Dalam foto tersebut, kelihatan doktor menggunakan pam basikal untuk proses pensterilan terhadap seorang pesakit perempuan.

 Pakar bedah yang beroperasi di kampung Banarpal, negara bahagian Odisha itu menggunakan pam basikal untuk mengembungkan perut 56 orang perempuan semasa melakukan aktiviti pensterilan.



Foto kontroversi itu beredar idlama selepas insiden mautnya 13 orang selepas menjalani sterilisasi massa di negara bahagian Chattisgarh. Menurut siasatan harian tempatan, The Hindustan Times, doktor yang menangangi operasi dalam foto itu bernama Mahesh Prasad Rout. "Pam basikal sering digunakan dalam proses sterilisasi di banyak kawasan luar bandar yang kekurangan peralatan perubatan canggih untuk mengembungkan perut pesakit," kata Mahesh.

 Pihak berkuasa berjanji akan menurunkan pasukan untuk menyiasat lebih lanjut amalan operasi berbahaya menggunakan pam basikal itu. Walaupun demikian, Mahesh yang sudah melakukan 60,000 operasi tubektomi sepanjang kariernya mendakwa tidak pernah mendapat halangan selama ini.


Jom saksikan video berikut ini:






0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs