Saturday, 25 February 2017

Filled Under:

Sampan Kertas Gergasi


Sampan yang diperbuat daripada kertas yang biasa digunakan untuk mainan kanak-kanak telah memberi inspirasi kepada beberapa jurutera berasal dari Birmingham, United Kingdom untuk mencipta sampan kertas versi gergasi yang boleh dinaiki orang dewasa.

Seorang jurutera dari Tottenham UTC berjaya membuat sampan kertas gergasi dengan ukuran panjang 3.6 meter, lebar 2 meter, serta berat hampir 100 kg.

Sampan itu boleh dinaiki dan berjaya menyeberangi sebuah sungai di Southwark Boating. Pemandangan luar biasa itu membuat banyak orang yang melihatnya terkagum-kagum.

Penciptanya memilih kertas yang jauh lebih kuat dan tahan air untuk membuat  sampan ini. Selain itu, ditambah gam dan pita pelekat agar kuat mengapung. Untuk membuat sampan kertas raksasa ini, diperlukan kertas berukuran 93 meter, 150 meter pita pelekat , dan 10 liter gam.











0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs