Wednesday, 8 March 2017
Filled Under:
unik dan pelik
43 Tahun Menyamar Jadi Lelaki.
Posted By:
zamri spoon
on 16:00
Pernahkah anda membayangkan seorang wanita yang menyamar menjadi lelaki selama berpuluh-puluh tahun? Wanita yang berasal dari Mesir bernama Sisa Abu Daooh tersebut diketahui menyamar menjadi lelaki untuk boleh bekerja dan terus mencari nafkah untuk keluarganya.
Rupanya Sisa telah kehilangan suaminya sejak berusia 21 tahun. Ketika itu, ia masih hamil. Ketika melahirkan anak perempuannya, wanita berusia 64 tahun tersebut tidak mempunyai cukup wang untuk membiayai keperluan anaknya.
Pada masa itulah ia bertekad untuk bekerja. Namun, kerana budaya tempatan tidak membenarkan perempuan untuk bekerja, maka Sisa tidak mempunyai pilihan selain menyamar menjadi seorang lelaki.
"Saya lebih memilih menyamar jadi lelaki, bekerja keras sebagai buruh atau mana-mana daripada harus mengemis di jalanan. Saya perlu melakukan ini untuk masa depan anak saya," tegasnya. "Untuk melindungi diri dari para lelaki dan budaya tempatan yang berlaku, saya memutuskan untuk menjadi seorang lelaki."
Sisa harus menyamar menjadi seorang lelaki selama 43 tahun. Dalam penyamarannya, ia kelihatan memakai gamis panjang lengkap dengan serban putihnya. Kadang-kadang, Sisa bekerja sebagai buruh atau juga tukang kasut.
Walaupun kini pelbagai media telah membongkar penyamarannya, namun Sisa tetap meneruskan pekerjaannya sebagai tukang kasut. Ia justru berterima kasih kepada media yang menyorotinya. Kerana saat ini, Sisa justru mendapatkan penghargaan sebagai 'Wanita Pencari Nafkah' dari Social Solidarity Directorate of Luxor.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment