Saturday, 25 March 2017
Filled Under:
unik dan pelik
Benarkah Lelaki Ini Temui Vaksin HIV ?
Posted By:
zamri spoon
on 14:00
Sudah sejak bertahun-tahun yang lalu, HIV menjadi salah satu virus yang sangat ditakuti oleh manusia. Oleh kerana itulah, banyak saintis membuat pelbagai kajian demi mencari ubat untuk virus ini.
Baru-baru ini, sebuah khabar baik diungkap oleh seorang doktor sekaligus penyelidik, Dr. Robert Gallo. Doktor ini mendakwa jika ia dan pasukannya telah berjaya menemui vaksin untuk virus HIV.
Selama 15 tahun terakhir Dr. Robert Gallo dan pasukannya di School of Medicine Institute of Human Virology University of Maryland telah melakukan ujian vaksin ini pada monyet. Untuk mengetahui keberkesanannya pada manusia, ia akan melakukan ujian pada manusia mulai bulan ini.
"Ujian yang dilakukan pada monyet sebelum ini menunjukkan hasil yang mengesankan," kata Gallo. "Tapi vaksin itu tidak akan sempurna jika hanya di ujian pada monyet. Jadi kami memerlukan ujian untuk manusia."
Dr. Robert Gallo mengungkap cara kerja vaksin ini adalah dengan menyekat virus HIV sebelum menyerang sel-T pada tubuh. Kerana saat virus telah masuk ke sel-T, HIV akan sangat sukar untuk dirawat.
Jika ini berjaya, maka kajian akan dilanjutkan ke tahap dua, untuk melihat keberkesanannya dalam memerangi HIV. Vaksin ini diperkirakan baru boleh dijual beberapa tahun lagi, memandangkan kajian panjang yang masih perlu dilakukan.
Sementara itu, Dr. Robert Gallo merupakan salah satu orang yang berjaya mencari jika virus HIV merupakan penyebab AIDS pada 1984 silam. Ia dan pasukannya adalah pelopor ujian darah untuk mengesan penyakit tersebut
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment