Friday 31 March 2017

Filled Under:

Dikebumikan Dalam Teksi.


 Perarakan pengebumian seorang lelaki tua bernama Victor Perez Cardona berasal dari Puerto Rico diarak dengan cara berbeza. Jasad datuk 73 tahun itu didandani sebagaimana dia sehari-hari sebelum meninggal, yakni sebagai pemandu teksi. Victor telah menjadi pemandu teksi selama 15 tahun. 


Sebelum meninggal pada akhir Mei lalu, dia meminta pada anak perempuannya agar didandani seperti saat masih hidup, lengkap dengan baju  dan topi kesayangannya. "Ini perarakan pengebumian yang diminta si mati. Orang-orang datang dari seluruh pulau. Beberapa di antaranya pernah naik teksinya," kata Generosa Perez Torres, anak perempuan Perez, dikutip dari Metro. Mayat Victor disemadikan sambil duduk di kerusi kereta Toyota Corolla.

 
Ia memakai topi, tali leher dan sepasang sarung tangan putih. Sebuah salib digantungkan di kaca sisi belakang, dan sebuah karangan bunga di kerusi belakang teksi itu. Semasa hidupnya, dia mendapat gelaran "Vitn Driver" di bandar Aguas Buenas.Ratusan pelanggannya datang untuk memberikan penghormatan terakhir.
 




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers