Thursday, 2 March 2017

Filled Under:

Drone Tolong Beli Rokok.


Dalam sebuah rakaman video berdurasi 27 saat menunjukkan sebuah pesawat drone kecil yang dikendalikan oleh seseorang. Pesawat itu terbang dari sebuah kedai dan terbang menuju tingkap di mana seorang lelaki sedang menunggu pesawat tersebut.

Di bawah pesawat tersebut terikat beg plastik mengandungi sekotak rokok. Selepas pesawat itu sampai ke tangan si lelaki yang menunggu di tingkap, lelaki tersebut mengambil beg plastik yang mengandungi sekotak rokok itu dan tersenyum.


 Diketahui lelaki tersebut membeli sekotak rokok dari kedai di mana pesawat kecil itu berangkat.

Rakaman video tersebut telah dimuat naik ke laman LiveLeak.com oleh sebuah akaun bernama DArksOul, dan diberi judul 'What Drones Are Made For - Buying Cigarettes From A Grocery Store'. Video itu telah dilihat lebih daripada 20 ribu kali sejak dimuat naik 10 jam yang lalu.

Dalam rakaman video tersebut tidak jelas sama ada si lelaki di tingkap yang menggunakan pesawat dan menghantar wang lebih dulu kepada si penjaga kedai, atau penjaga kedai itu yang mengendalikan pesawat.






0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs