Thursday, 2 March 2017

Filled Under:

Hanya Guna Air Garam Untuk Besar.


Model seksi Martina Big yang juga bekas pramugari berasal dari Jerman dengan  sesuka hatinya menetapkan saiz payudara miliknya. Wanita 26 tahun itu sebelum ini telah menghabiskan wang hingga US $ 50 ribu  untuk mempernampakkan tubuhnya agar lebih seksi dan menarik. 


Tidak ketinggalan, pembedahan pembesaran payudara juga Martina lakukan. Uniknya, pembedahan payudara yang dilakukan doktornya disuntikan cecair implan khusus.

 Perkara ini membolehkan Martina boleh menetapkan saiz payudara miliknya sendiri. Caranya, Martina cukup menyuntikan larutan garam ke implan yang ditanam ke dalam dadanya. Meskipun demikian, perkara itu harus dalam pengawasan doktor. 


Dari hasil pembedahan sebanyak 6 kali, kini saiz payudara Martina mencapai 32K. "Bagi saya, pembesaran payudara adalah perkara yang sangat menarik. Terlebih bila anda boleh menetapkan sendiri saiz yang diinginkan," katanya.


 Martina menjelaskan, pembedahan payudara itu penting bagi kerjayanya di dunia model. Dia menyebut jika profesion sebelumnya menjadi pramugari tidak memuaskan. "Prospeknya tidak lagi cerah dan gajinya kecil," kata Martina. 

Kini keputusan Martina bersara awal membuahkan hasil. Martina pun mempunyai jadual padat dan cukup sibuk menjalani pemotretan untuk majalah serta iklan pakaian dalam.








0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs