Tuesday, 21 March 2017

Filled Under:

Gunting Rambut Guna Pedang.


Tempat untuk mengunting rambut atau salun biasanya menggunakan gunting rambut untuk memotong rambut para pelanggannya. Namun salon yang satu ini melakukan sesuatu yang lebih berani, iaitu memotong rambut pelanggannya dengan menggunakan pedang samurai.

Perkara itu dilakukan oleh lelaki bernama Nguyen Hoang Hung di salah satu kedai di Vietnam. Tidak boleh dibayangkan bagaimana tekniknya, walaupun begitu rambut hasil potongan Hung selalu bagus dan memuaskan para pelanggannya.


 Hung mengakui ia memutuskan menggunakan skill individu itu lima tahun lalu. Awalnya, Hung mengambil bahagian di sebuah game show di mana ia dicabar memotong rambut tanpa menggunakan gunting. Saat itu ia menggunakan gergaji tangan, dan Hung menikmati prosesnya. Lama-lama ia beralih menggunakan pedang.

Sebelum cuba ke rambut asli, Hung mula berlatih menggunakan rambut palsu, lalu ia mula berani memotong rambut asli yang panjang. Sampai kemudian, setelah latihan tekun selama empat tahun, Hung mampu mempraktikkan tekhnik ini pada rambut pendek seperti model bob atau pixie. Lebih hebatnya lagi, proses memotong rambut dengan menggunakan pedang itu selesai hanya dalam masa beberapa minit.

Sebelumnya, Hung hanya menggunakan kemahiran ini dalam persembahan atau pameran, namun semakin banyak pelanggan yang meminta potongan pedang Hung yang legenda ini. Lama-kelamaan, ia tidak pernah menggunakan gunting lagi.

Ia sekarang menggunakan pedang yang disebut dengan nama Wakizashi. Pedang tersebut mempunyai ketajaman yang tajam seperti pisau cukur dan sudah ada sejak abad ke-15. Walau terdengar bahaya, Hung meyakinkan bahawa selain keselamatan, memotong rambut dengan pedang menghasilkan potongan yang unik, ringan dan lembut yang tidak boleh dicapai dengan menggunakan gunting.











0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs