Thursday 30 March 2017

Filled Under:

Makan Segala Besi Dalam Penjara.



Seorang remaja yang ditahan selepas didakwa merompak sebuah kedai piza dilapor ‘memakan penjara,’ apabila dia menelan skru, jarum dan juga kepingan logam.

Lamont Cathey, 17, ditahan di Penjara Cook County di Chicago selepas ditangkap 16 bulan lalu.

Kerana tidak ada siapa yang membayar wang ikat jaminnya AS$5,000 (RM18,100), Cathey kekal dipenjara itu.

Pegawai berkata, remaja itu menelan objek, termasuk skru, jarum, paku tekan, lapisan kulit dan logam, sejak beberapa minggu lalu.

Malah, dia juga pernah ditangkap menelan alat perubatan.

Perbuatan itu menjejaskan kesihatannya sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital lebih 24 kali dan pihak penjara terpaksa menanggung kos rawatan yang mencecah lebih AS$1 juta (RM3.62 juta).

“Dia seolah-olah makan penjara kami. Bagi saya, kes ini menjadi contoh tepat mengenai kegagalan sistem kehakiman negara ini. Ia kes yang menyedih dan mengecewakan saya,” kata Pengarah Eksekutif Penjara Cook County Cara Smith.

Menurutnya, kebanyakan banduan di penjara berkenaan ditahan kerana kesalahan kecil, tetapi ditahan selama beberapa tahun kerana tidak mampu membayar wang ikat jamin.

Berkait dengan kes Cathey, keluarga remaja itu menyalahkan penjara berkenaan kerana tabiat barunya itu.

Peguamnya berkata, remaja itu kini terpaksa menjalani rawatan psikiatrik jangka panjang.hmetro.com.




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers