Wednesday, 8 March 2017

Filled Under:

Satu Kampung Kena Penyakit Misteri.


 Disekitar 20 kampung di perkampungan Yalong Yao, salah satunya Daerah Autonomi Guangxi dilaporkan telah diserang penyakit aneh. Dimana tumbuhnya lebam dan bisul disekujur tubuh. Para penduduk kampung menduga bahawa penyakit ini berasal dari air yang tercemar atau makanan yang dimakan. Kampung Guangxin memang termasuk  kampung yang mempunyai masalah untuk mendapatkan air bersih.

Air bersih seringkali dikumpulkan ketika hujan dan untuk kemudian dicampur dengan air tangki yang berasal dari kerajaan yang juga berasal dari air hujan. Tangki air yang dibina oleh kerajaan dibina terbuka di atas bukit dan dialirkan ke kampung. Tangki tersebut tidak dibersihkan sepanjang tahun hingga berlumut.Penduduk 
kampung juga mengambil jagung, ubi keladi, dan ubi keledek. Sampel untuk kajian diambil dari tumbuhan tersebut beserta tanah tempat bertani.

Para pakar mendiagnosis penyakit ini termasuk dalam penyakit Kaschin-Beck mengingat lebam dan bisul hampir seluruhnya terdapat pada kaki, leher, dan bahu. Penyakit ini tergolong gangguan sendi iaitu mempu membuat sendi menjadi kaku sehingga menimbulkan cacat. Penyakit ini disebabkan kerana kekurangan selenium. Namun untuk peyelidikan di daerah Guangxi masih perlu penelitian yang mendalam untuk memastikan hal tersebut.




Sementara ini kajian menunjukkan bahawa penyakit ini dialami oleh sebahagian besar lelaki. Beberapa diantaranya sudah tidak mampu berjalan atau bertani lagi. Penduduk yang pergi berubat ke hospital memang mengalami kesembuhan, namun hal itu hanya bersifat sementara. Penyakit tersebut akan kembali muncul selepas beberapa tempoh.

Institusi yang melakukan kajian sampai saat ini mengatakan bahawa hasil dari sampel masih belum keluar. Para penyelidik mengatakan bahawa hasil sampel hanya boleh digunakan sebagai bahan rujukan sahaja. Perlu kajian yang lebih lanjut untuk mendiagnosis jenis penyakit sama ada ketulan tersebut.




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers