Sunday, 2 April 2017
Filled Under:
unik dan pelik
Awet Isteri Dalam Peti Sejuk.
Posted By:
zamri spoon
on 03:00
Cinta seorang suami yang berasal dari China kepada isterinya tidak berkurang sedikitpun meskipun belahan jiwanya itu telah mati. Lelaki berasal dari Deyang, Provinsi Sichuan ini memang lelaki sejati. Dia ingat janji perkahwinannya: sehidup semati. Untuk itu, dia membeli peti ais guna mengawetkan mayat isterinya.
Si isteri meninggal pada Disember tahun lalu. Bukannya dikebumikan atau dibakar, lelaki ini justru mengawetnya dan meletakkan di rumah. Praktikal, setiap hari dia masih bersama isterinya yang kini sudah tidak bernyawa lagi. Sebelum meninggal, si isteri yang menderita penyakit barah itu meminta suaminya untuk senantiasa bersama.
Si suami menepati janji itu dengan membelikan peti ais dan mengawet mayatnya. Setiap malam menjelang tidur, lelaki itu melawat keranda isterinya dan bercerita seperti biasa, selayaknya ketika masih hidup.
Berdasarkan peraturan tempatan, mayat tidak dibenarkan disemadikan lebih dari 5 hari. Tapi lelaki itu seolah buat bodoh, dan menepati janjinya sehidup semati dengan si isteri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment