Saturday 1 April 2017

Filled Under:

Disambar Petir Tapi Masih Selamat.



Hampir mustahil seseorang dapat bertahan hidup ketika disambar petir. Namun tidak dengan lelaki ini. Kerana nasib beliau, dia tetap boleh hidup walaupun petir itu menyambar kepalanya dan mencabik-cabik pakaian yang ia pakai hari itu.

Ketika itu Ryan Cross dan rakan-rakannya sedang menghabiskan cuti hujung minggu dengan berkhemah di hutan berhampiran Idaho City. Mereka juga membawa  kereta ATV agar boleh menjelajah hutan dan bukit di sekitarnya. Di tengah perjalanan, turun hujan lebat disertai angin dan petir.

Turun dari ATV, mereka pun bergegas mencari tempat berteduh di hutan. Malang, ketika Ryan bersandar di bawah sebatang pokok dan cuba membuka aplikasi peta di telefon bimbit beliau untuk navigasi, ia malah tersambar petir yang tepat mengenai bahagian atas kepalanya.

Ryan tidak sedarkan diri. Manakala dua orang rakannya disambar petir secara tidak langsung sehingga yang satu pengsan dan satunya lagi mengaku kedua telinganya berdenging hebat. Beruntung salah seorang dari mereka boleh berlari ke jalan besar dan mengibar-ngibarkan bendera kecil dari ATV untuk mencari pertolongan. Sebuah SUV lalui dan menghampiri mereka, serta memanggilkan bantuan.

Lelaki berusia 34 tahun itu akhirnya boleh dikejarkan ke hospital terdekat, yakni RS Saint Alphonsus dan terus mendapatkan rawatan intensif kerana pendarahan di otaknya. Saat itu pakaian Ryan sudah dalam keadaan tercabik-cabik, bahkan masih panas ketika disentuh.

Kemudian salah seorang kakitangan hospital kemudian menghubungi isteri Ryan, Heather. "Saya tidak punyai banyak maklumat, yang pasti suami anda tersambar petir," katanya.

Mendengar hal itu, Heather bergegas menuju hospital yang jaraknya sejauh 35 km dari rumahnya di Nampa, dengan membawa serta kedua anaknya. "Itu adalah perjalanan terpanjang dalam seumur hidup saya dan saya tidak tahu apa yang akan saya temui nantinya," kisahnya kepada KTVB.com .

Sampainya di hospital, Heather melihat suaminya terbaring tidak berdaya dengan ruam besar berwarna merah membelah perut Ryan secara menegak, dari leher hingga ke pinggang.

Sementara ini doktor belum mengetahui kesan jangka panjang yang diperolehi Ryan selepas insiden itu. Akan tetapi ia kini sudah berada dalam masa pemulihan, meskipun harus tetap didampingi saat makan mahupun berjalan. Keadaan rakan-rakan juga bertambah baik.

Menurut sebuah kajian yang pernah dilakukan laman ramalan cuaca, AccuWeather.com beberapa waktu lalu, 82 peratus mangsa maut akibat disambar petir dialami oleh lelaki. Alasannya lebih dipengaruhi oleh naluri dan perilaku lelaki ketika berada dalam bahaya.

"Lelaki cenderung terlalu berani ambil risiko ketika terjadi ribut petir. Contohnya apabila sukan di luar bilik lalu ada petir, lelaki lebih jarang  berteduh," kata John Jensenius dari National Weather Service,

Di Amerika sendiri, peluang seseorang disambar petir tergolong pelik, yakni 1 dari 700.000 orang setiap tahunnya




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers