Saturday, 1 April 2017
Filled Under:
unik dan pelik
Iklankan Diri Cari Suami Kaya.
Posted By:
zamri spoon
on 14:00
Beginilah jika seorang wanita terlalu percaya diri. Su Jingjing, perempuan berasal dari Hubei, China mencari jodoh dengan membawa sekeping kertas di sebuah Taman Rakyat. Su, rela berdiam diri berjam-jam demi mencari pasangan idamannya. Adapun calon yang dia syaratkan bagi lelaki yang berkahwin dengannya adalah sebagai berikut: "Aku lahir pada Februari 1985 di Provinsi Hubei.
Aku sarjana. Kedua ibubapaku berasal dari Desa Bingcun. Tujuan hidupku adalah mengejar keunggulan. Hobiku membaca, menulis, mendengar muzik, dan bersenam . Aku juga boleh mengendalikan komputer untuk bisnesku. "
"Standard untuk calon pasanganku adalah: Dia mesti tinggal di pusat bandar Shanghai. Dia harus lahir pada 1980, 1981, atau 1982. Dia mesti tidak berkacamata. Dia mesti berkarakter baik. Dia harus punya tinggi di atas 170 cm. Dia mesti seorang anak tunggal dari usahawan-usahawan berjaya atau pegawai kerajaan. "Su menegaskan tidak akan pernah menurunkan standard yang dirinya .
"Aku sebenarnya sudah enggan tinggal di Shanghai. Tapi, aku mencari lelaki dengan banyak wang, kuasa, kebajikan, berpenampilan baik, dan dari keluarga Shanghai," kata Su kepada wartawan.
Saat diwawancara, Su ternyata gadis kampung yang mengadu nasib ke Shanghai pada 2008. Pada masa berusia 25 tahun, Su mengaku mendapat banyak tekanan untuk segera berkahwin. Saat ini Su tinggal di rumah petak 4 x 4 meter di Shanghai South Railway Station. Dia adalah peniaga kaki lima di sana.
"Jika dia (calon suami) adalah ahli perniagaan atau pegawai kerajaan, aku akan mengajaknya pindah ke Hongkong. Lalu, kami boleh merintis perniagaan kami bersama!"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment