Saturday 13 May 2017

Filled Under:

Ada Kebun Bunga Atas Bumbung Bangunan.


Mencari tanah kosong untuk bercucuk tanam tidaklah mudah di tengah bandar besar atau bandar metropolitan. Padatnya rumah penduduk ditambah deretan bangunan pencakar langit membuat tanah kosong makin jarang di jumpai. Tapi bukan bermakna tidak ada penyelesaian untuk masalah ini.

Di Chongqing, China, dijumpai hamparan kebun bunga yang berada di atas bangunan pencakar langit.  Lu Xiaoqing (wakil dari bangunan pencakar langit yang merupakan sebuah kilang itu) mendapat idea tersebut kerana merasa sayang jika bahagian rooftop dibiarkan begitu saja.



Wah, apa tidak bahaya membuat kebun bunga seluas 10 ribu meter persegi di ketinggian seperti itu? Lalu bagaimana dengan banggunannya? Rupanya kebun bunga  buatan itu sudah dirancang sedemikian rupa agar dapat ditampung oleh bangunan dan dilindungi agar tidak bocor.



Kakitangan kilang pun boleh bercucuk tanam di sana. Bahkan mereka juga boleh memelihara haiwan ternakan dan ayam. Sementara para pekerja yang bersedia jadi sukarelawan bertanggungjawab atas kawasan tertentu di kebun tersebut. Dan ketika sayuran serta buah-buahan sudah dituai, mereka boleh membawa semua pulang percuma.


Benar-benar cara yang unik dan kreatif dalam memanfaatkan rooftop bangunan pencakar langit.




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers