Wednesday, 17 May 2017

Filled Under:

Dapat Tangan Dari Pelakon Iron Man


Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun yang kudung sebelah tangan bukan sahaja dapat bertemu dengan watak adi wira Iron Man, malah menerima tangan bionik yang sama seperti watak dalam filem Avengers itu.

Pelakon, Robert Downey Jr. kelmarin meluangkan masa membawa watak bilionair, Tony Stark untuk memberi kejutan khas kepada Alex Pring yang lahir dengan tangan kanan tidak sempurna.

Downey kemudian mengeluarkan dua kotak, satu berisi sarung tangan Iron Man, manakala satu lagi tangan bionik untuk Pring. Mereka kemudian meluangkan masa menguji kedua-dua ‘hadiah’ berkenaan.

“Saya diberi penghormatan penuh untuk menyampaikan tangan bionik Iron Man hasil cetakan tiga dimensi kepada kanak-kanak paling kacak yang pernah saya temui,” tulis pelakon itu dalam akaun Facebook miliknya.

Tangan bionik itu dihasilkan kumpulan Limbitless Solutions yang mahu menghasilkan anggota badan daripada cetakan tiga dimensi pada kos yang mampu milik. Tangan baharu Pring cuma memerlukan kos AS$350 (RM1,300) untuk dicetak berbanding AS$40,000 (RM148,000) bagi anggota tiruan biasa.

Hadiah daripada Iron Man itu akan membolehkan kanak-kanak tersebut mengangkat objek menggunakan sensor elektronik yang mengesan pergerakan pada bahagian atas lengannya.

Projek oleh penyelidik, Alberto Manero itu dijangka dapat menyediakan anggota badan bionik mampu milik ke seluruh dunia kelak. – kosmo.com


Jom saksikan video berikut ini:
 




0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs