Friday, 30 June 2017

Filled Under:

Aksi Gila Wheelie Motor



Kehebatan dalam menunggang motosikal kerap dipaparkan dan dipamerkan tanpa memikirkan bahaya apabila berlaku kemalangan. Perkara yang sama dilakukan oleh 10 lelaki ini.

Seorang penunggang motor mampu menunjukan daya tarikan bersama dengan sembilan rakannya dengan menggunakan motosikal Honda CB1300.

Aksi ini memperlihatkan kepiawaiannya wheelie dengan membonceng rakan-rakannya. Tujuh rakannya berada di tempat duduk belakang dan dua rakannya berada di tangki petrol depan.

Tidak ada alat keselamatan seperti topi keledar dan jaket yang digunakan sepuluh pemuda tersebut. Meskipun tidak patut ditiru, mereka berjaya melakukan aksi tanpa mengalami kemalangan dan kecederaan.

Aksi yang dilakukan dirakam oleh seseorang dengan menggunakan motor lain, kelihatan beberapa penumpang motor nekad menghadap posisi belakang bahkan ada yang duduk di atas rakannya yang lain.

Tidak ada maklumat lebih banyak tentang siapa dan di mana tindakan tersebut dilakukan. Namun, aksi yang dirakamkan dalam sebuah video berdurasi sekitar 50 saat tersebut menuai banyak kritikan kerana sangat berbahaya.

Lihat videonya di bawah ini:






0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs