Friday, 30 June 2017

Filled Under:

Bunga Raksasa Untuk Kekasih



Cinta memang buta. Beginilah rasanya jika sedang mabuk cinta. Sekurang-kurangnya perkara itu pula yang tengah dirasakan lelaki berasal dari  Uzbekistan ini, sehingga berbuat nekad.


Dikutip dari Mirror, untuk menunjukkan cintanya yang sangat besar kepada sang kekasih, seorang lelaki yang disebut Romeo menghantar sang kekasih 1,000 tangkai bunga mawar, yang disusun menjadi sejambak bunga pengantin raksasa.


Untuk membawa bunga itu dengan trak, sekurang-kurangnya diperlukan empat orang memegang bunga agar tidak terjatuh dan gugur. Kerana saiz buket bunga tersebut sangat besar, membuat orang terkagum.


Tidak sedikit  orang ramai yang melihat memfotonya dan memuat naiknya ke laman media sosial. Sayang, beberapa komen condong bermunculan. Para netizen menyayangkan, sikap yang dilakukan si Romeo yang ingin tampil romantis kepada pasangannya.
Bahkan, tidak sedikit netizen yang menganggap aksi tersebut terlalu boros. Sebab, mereka justru menyarankan wang untuk sejambak bunga itu lebih baik dibelikan sebuah cincin atau hadiah yang tahan lama.


Benar saja, sejambak bunga raksasa itu rupanya tidak boleh dibawa masuk ke dalam apartmen si "Juliet" yang terletak di bandar Tashkent. Alhasil, bunga tersebut hanya disimpan di laman apartmen.




0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs